Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

GE2020: Lee Hsien Yang sertai Parti Kemajuan Singapura, enggan dedah sama ada akan bersaing dalam pilihan raya

Jun 24, 2020 | 02:39 PM



ENCIK Lee Hsien Yang, adik kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, telah menyertai Parti Kemajuan Singapura (PSP) Dr Tan Cheng Bock, umum parti itu pada Rabu (24 Jun).


Di pertemuan sarapan pagi di Pasar Tiong Bahru, Dr Tan memberikan kad keahlian kepada Encik Lee Hsien Yang.


Dr Tan berkata Encik Lee telah menjadi anggota "buat beberapa waktu", tetapi disebabkan keadaan Covid-19, mereka tidak dapat mengadakan upacara penyerahan kad keahlian yang betul.


Akhbar The Straits Times awal daripada itu melaporkan bahawa Encik Lee telah menyertai parti tersebut tetapi sumber berkata beliau tidak mungkin dikemukakan sebagai calon pilihan raya.


Encik Lee dilaporkan menyertai parti itu dua bulan lalu, beberapa hari sebelum pemutus rantaian jangkitan.


Apabila ditanya apakah beliau akan bersaing dalam pilihan raya, Encik Lee menjawab: "Apabila saya bersedia mendedahkannya, anda akan tahu."


Kemudian, apabila ditanya bagaimana beliau akan menyokong parti itu, beliau berkata: "Banyak cara... Saya rasa tidak sukar untuk meneka cara apa yang ada dan jika anda mempunyai cara baru untuk melakukannya, cadangkan kepada saya."


Ketika ditanya apakah beliau akan menyumbang kepada parti itu secara kewangan, atau dengan tampil dalam video kempennya, Encik Lee berkata ia "agak mungkin".



Pasar tempat Dr Tan dan Encik Lee bertemu terletak di GRC Tanjong Pagar, bekas kubu kuat mendiang bapanya, perdana menteri pengasas Singapura Lee Kuan Yew.


Ia juga merupakan salah satu daripada sembilan kawasan yang akan ditandingi PSP dalam pilihan raya ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >