Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

GE2020: PAP umum kumpulan pertama calon

Jun 24, 2020 | 01:48 PM



 



TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat telah mengumumkan kumpulan pertama bakal calon baru Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi pilihan raya umum akan datang pagi tadi (24 Jun).



Encik Heng yang merupakan penolong setiausaha agung pertama parti itu berkata pandemik Covid-19 telah memberi tekanan besar kepada masyarakat dan Singapura perlu membangunkan keupayaannya untuk menyesuaikan diri untuk bangkit lebih kukuh.



Oleh itu, PAP akan mengetengahkan lebih ramai muka baru daripada pelbagai segmen masyarakat agar mereka dapat mewakili segmen masyarakat yang berbeza serta mengemukakan pelbagai isu untuk dibincangkan, katanya.



Encik Heng turut menyifatkan barisan bakal calon PAP itu sebagai menarik dan pelbagai.



Kumpulan pertama itu terdiri daripada pengarah bersekutu di firma guaman TSMP Law Corporation, Cik Nadia Ahmad Samdin, 30 tahun; mantan Ketua Pengarah Eksekutif Persatuan Rakyat (PA), Encik Desmond Tan, 50 tahun; pengasas bersama dan pengarah urusan Timbre Group, Encik Edward Chia, 36 tahun; dan pengurus besar (kapal khusus) Keppel Offshore & Marine, Encik Ivan Lim, 42 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >