Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

GE2020: Yaacob ucap terima kasih kepada rakyat S'pura setelah lebih 23 tahun berkhidmat sebagai AP

Jun 23, 2020 | 08:14 PM



ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Yaacob Ibrahim, telah mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura dan rakan kerjanya selama 23 tahun, lima bulan dan 21 hari berkhidmat sebagai AP sejak 2 Januari 1997.



“Sedang saya memulakan kehidupan baru, saya akan sentiasa menghargai tempoh 23 tahun lalu menjalin persahabatan dan peluang yang diberikan kepada saya melalui banyak dugaan dan kesusahan untuk menjadi orang yang lebih baik,” kata Dr Yaacob, mantan Menteri Perhubungan dan Penerangan.



AP berusia 64 tahun itu dijangka berundur diri daripada pilihan raya umum tahun ini, lapor The Straits Times.



Dalam kiriman Facebooknya pada Selasa (23 Jun), beliau berkata beliau berasa diberkati kerana dapat menemui ramai individu yang mengagumkan di kawasan undi Kolam Ayer.



“Beberapa mereka yang saya temui sebagai kanak-kanak kini sudah dewasa menjadi ibu bapa yang dibanggakan. Sedang yang lain meninggalkan kita dengan legasi dalam kawasan undi ini. Saya mendewasa dengan mereka dan menjadi sebahagian daripada mereka sebagai kawan,” kata beliau.



“Saya berterima kasih kepada semua mereka kerana telah membuka pintu dan hati mereka untuk membenarkan saya memasuki dunia yang penuh kemesraan, persahabatan dan bersemangat.



“Semasa tahun-tahun tersebut, bangsa saya tidak pernah menjadi isu bagi mereka.



“Ia telah memperkayakan saya dan menguatkan kepercayaan saya terhadap sesama rakyat,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >