Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gejala, siapa kerap terjejas dan punca

Jul 03, 2023 | 05:30 AM



Berikut soal jawab bersama Konsultan Kanan, Jabatan Pernafasan dan Perubatan Penjagaan Kritikal, Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Melvin Tay.

1. Apa itu ‘pulmonary alveolar proteinosis’?

Ia merupakan masalah yang dianggap jarang berlaku apabila protein, lemak dan bahan lain yang berlebihan terkumpul dalam kantung udara peparu.

2. Apakah gejala biasa penyakit itu dan siapakah yang kerap terjejas?

Gejala paling kerap adalah sesak nafas, batuk, berlendir dan terasa letih. Ia menjejas golongan muda berusia antara 30 dengan 50 atau 60 tahun. Biasanya, lebih ramai kaum lelaki terjejas berbanding wanita – dengan kadar nisbah 2:1.

3.       Apakah yang menyebabkan ‘pulmonary alveolar proteinosis’?

Sekitar 90 peratus kes itu disebabkan autoimun yang tersembunyi. Autoimun merupakan keadaan di mana sistem daya tahan tubuh tersilap menyerang tisu sihatnya sendiri yang dianggap asing kepadanya.

Dalam hal ini tubuh menghasilkan antibodi yang tidak normal. Antibodi adalah bahagian sistem kekebalan yang ‘bekerja untuk melindungi tubuh’ daripada bahaya virus, bakteria, kuman zat-zat yang dapat menyebabkan penyakit berjangkit. Ia kemudian merosakkan pula peparu.

4.       Apakah proses membilas peparu atau WLL?

WLL melibatkan proses di mana dua tiub akan dimasukkan ke saluran udara pesakit. Salah satu peparu akan diisi dengan air garam sedang sebelah lagi menjalani pengudaraan. Proses tersebut akan diulang – mengisi dan mengeluarkan air garam sehingga cecair yang keluar pekat bak warna susu menjadi cerah.

5. Berapa ramai yang telah menjalaninya dan adakah prosedur itu berhasil?

Saya tidak mempuyai data jangka panjang. Namun WLL merupakan rawatan yang terbukti bagi ‘pulmonary alveolar proteinosis’. Sekitar 30 hingga 50 peratus pesakit hanya memerlukan satu WLL (bagi kededua peparu) sedang ada juga yang perlu mengulangi WLL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >