Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gembira dua anak bergelar siswazah dari universiti setempat

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



KENAIKAN bilangan siswazah Melayu peringkat universiti dalam tempoh sedekad ini adalah satu pencapaian yang membanggakan, kata Cik Norasidah Mohamed Moktar, ibu kepada dua cahaya mata yang meraih ijazah dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Bahkan, suri rumah berusia 49 tahun itu mengatakan ia memaparkan kemajuan masyarakat Melayu selama ini.



Masyarakat Melayu telah mencatatkan kemajuan menggalakkan dalam bidang pendidikan selama sedekad, dengan peratusan mereka yang mempunyai pendidikan universiti meningkat berganda kepada 10.8 peratus pada 2020 berbanding 5.5 peratus pada 2010.



Ini menurut dapatan Banci Penduduk 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Singapura (DOS) kelmarin.



Peratusan itu berdasarkan 150,000 isi rumah pelbagai bangsa yang mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut yang meneliti trend dan perubahan berkaitan ciri demografik, perkahwinan, pendidikan, bahasa dan agama dari 2010 hingga 2020.



Mereka yang memiliki diploma dan kelayakan profesional juga meningkat daripada 9.8 peratus pada 2010 kepada 16.9 peratus tahun lalu.



Encik Anam Musta'ein, 28 tahun, lulusan Sarjana Muda Seni Halus dalam Media Interaktif daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu berkata:



"Saya fikir ia adalah satu detik penting yang luar biasa untuk Singapura mempunyai lebih ramai lulusan daripada masyarakat Melayu dalam 10 tahun terakhir ini.



"Saya sangat kagum bahawa terdapat kenaikan bilangan lulusan Melayu dalam beberapa tahun ini.



"Saya rasa bahawa dengan pelbagai bidang dan pengkhususan yang ditawarkan dalam program ijazah (di universiti) kita, terdapat lebih banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana untuk pelajar Melayu dan oleh itu, lebih banyak peluang untuk cemerlang."



Encik Anam, seorang pereka grafik, menambah adalah penting untuk melanjutkan pelajaran, apatah lagi dengan kebanyakan pekerjaan masa kini memerlukan kelayakan peringkat diploma dan sarjana, seiring pasaran pekerjaan yang semakin banyak persaingannya.



Cik Norasidah dan suami turut menekankan kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka.



Pasangan itu juga mempunyai seorang anak perempuan, Cik Asyiqin Musta'ein, 24 tahun, yang baru tamat pengajian Sarjana Muda dalam Komunikasi dan Maklumat di NTU.



Cik Norasidah menambah: "Pada waktu saya, saya rasa kita tidak mempunyai banyak peluang untuk berjaya kerana masyarakat kita kekurangan akses kepada sumber dan peluang untuk melanjutkan pelajaran.



"Pada masa ini, kita melihat lebih ramai orang Melayu keluar dari lingkaran dan berjaya di sekolah kerana mereka diberi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka.



"Kita harus sentiasa berusaha untuk melakukan yang lebih baik untuk generasi seterusnya."




"Saya rasa bahawa dengan pelbagai bidang dan pengkhususan yang ditawarkan dalam program ijazah (di universiti) kita, terdapat lebih banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana untuk pelajar Melayu dan oleh itu, lebih banyak peluang untuk cemerlang."
- Encik Anam Musta'ein, 28 tahun, Sarjana Muda Seni Halus dalam Media Interaktif dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >