Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gempa di Lombok: 105 terkorban, ribuan kehilangan tempat tinggal

Aug 07, 2018 | 06:15 PM



 





PEMENANG, INDONESIA: Gempa bumi 7.0 yang menggegarkan pulau pelancongan Lombok Ahad lalu telah meragut 105 nyawa, kata  Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA)



Sejumlah 236 orang juga cedera, kata jurucakap NDMA Sutopo Purwo Nugroho, di satu sidang akhbar pada Selasa (7 Ogos).



Dr Sutopo juga berkata bahawa pihak berkuasa di Singapura, Malaysia, Australia dan Taiwan, antara lain, telah meluahkan hasrat menghulur bantuan.



Lebih awal dari itu, seorang wanita diselamatkan dari perut bangunan yang runtuh, dua hari selepas gempa itu membunuh puluhan, meranapkan ratusan kampung dan menjadikan ribuan orang tanpa rumah semalaman, menurut Reuters.



Wanita itu, Cik Nadia Revanale, 23 tahun, sedang membeli-belah di sebuah pasaraya di Pemenang ketika gempa melanda.



Orang di kawasan itu mendengar teriakan minta tolong dari kawasan runtuhan dan memberitahu penyelamat, yang berjaya mengeluarkan Cik Nadia selepas operasi empat jam.



“Pertama, kami menggunakan tangan untuk mengangkat serpihan… sebelum menggunakan penukul, dan alat lain untuk mengalihkan bahagian runtuhan lebih besar,” kata Encik Marcos Eric, seorang penyelamatn sukarela yang bekerja di sebuah syarikat lombongan.



“Proses ini mengambil banyak masa, tetapi kami berterima kasih kerana ia berhasil dan orang itu ditemui dalam keadaan masih bernyawa,” katanya.



Lombok, pada 29 Julai, telah dilanda gempa sekuat 6.3 di skala Richter, yang membunuh 17 orang dan memerangkap ratusan pendaki gunung di lereng sebuah gunung berapi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >