Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Genderang Melayu semarak muzik dalam NDP 2023

Jul 24, 2023 | 05:41 PM



Kicauan burung Koel setiap pagi, bunyi bip kad Ez-link dan riuh rendah di majlis perkahwinan bawah kolong flat adalah bunyi yang biasa didengari oleh rakyat Singapura yang mungkin dipandang secara lewa, namun tidak begitu bagi ahli genderang mapan, Encik Muhammad Riduan Zalani.

Beliau telah menjadikan bunyi-bunyian itu sebagai sebahagian audio yang diketengahkan dalam Filem Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), yang mana kisahnya sebagai pemain alat genderang akan diketengahkan.

“Saya terkejut apabila pengarah filem menghubungi saya untuk menjadi sebahagian daripada filem itu dan menonjolkan kisah saya sebagai pemain genderang. Saya memutuskan untuk menyerlahkan bunyi-bunyian berbeza yang menjadikan kami unik sebagai warga Singapura,” kongsi pemain genderang berusia 37 tahun yang merupakan pengasas bersama dan pengarah artistik kumpulan Nadi Singapura.

Encik Muhammad Riduan bukan setakat minat bermain alat genderang, bahkan telah memainkan peranan membangunkan gendang etnik Asia Tenggara dalam suasana kontemporari dan menonjolkan tradisi muzik Asia di pentas global. Mengenai bunyian yang akan diketengahkan dalam filem itu, beliau berharap penonton dapat merasakan keistimewaannya.

“Setiap elemen bunyi ini mempunyai bunyi dan emosi yang sangat unik yang menggalakkan perasaan pelbagai budaya, kemodenan dan masyarakat yang didorong oleh ekonomi ini,” tambahnya.

Untuk filem itu, Encik Muhammad Riduan akui berasa bangga menggunakan bahasa Melayu.

“Selain bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita, saya dapat menyuarakan dan menyebarkan kecintaan saya terhadap muzik di peringkat nasional sambil berkhidmat kepada sesama masyarakat pemuzik secara berterusan, sambil menyumbang kepada persada seni persembahan tempatan,” tambahnya.

Ini adalah tahun pertama beliau terlibat dalam filem Perbarisan Hari Kebangsaan. Sebelum ini beliau terlibat dalam acara persembahan NDP.

“Saya telah membuat persembahan untuk perbarisan beberapa kali dan saya teringat detik itu menjadi salah satu peristiwa penting bagi saya dari segi kebanggaan dan penglibatan negara.”

“Sebagai seorang yang terlibat secara aktif dalam seni persembahan, kami sering mencari jalan dan peluang baru untuk berkongsi kraf kami di peringkat kebangsaan. Justeru membesar sebagai seorang budak lelaki saya tertanya-tanya jika saya boleh membuat persembahan sebesar ini.

“Pemain genderang Melayu mempunyai tanggungjawab besar untuk memelihara warisan tradisional bangsa, sekali gus menyumbang kepada ekosistem seni persembahan Melayu di Singapura,” tambah beliau.

Encik Muhammad Riduan berkata beliau sering mengajak anak didiknya untuk berpegang kepada prinsip jati diri sebagai orang Melayu dan jangan pernah lupa asal usul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >