Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Genting Dream sedia dapur halal, mulakan pelayaran sulung

Jun 16, 2022 | 05:30 AM



KAPAL persiaran Genting Dream yang dilengkapi dapur halal antarabangsa memulakan pelayaran sulungnya malam semalam.



Pelayaran tiga hari, dua malam itu hanya dengan separuh kapasiti demi memastikan operasi berjalan dengan lancar.



Bersama anak kapal, ini bermakna hampir 3,000 individu berlayar di atas kapal itu.



"Agak penting memulakan jenama baru dengan betul. Lantas bagi beberapa pelayaran pertama, kami tidak mengisi pelayaran dengan ramai penumpang.... sebaliknya, kami mengendalikan sekitar 50 peratus penumpang demi memastikan tetamu kami mendapat pengalaman penuh," kata Encik Michael Goh, presiden dan ketua jualan antarabangsa Resorts World Cruises, lapor The Straits Times semalam.



Pelayaran pertama itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Dream Cruises memfailkan permohonan muflis selepas syarikat induknya, Genting Hong Kong bankrap.



Dream Cruises menghentikan operasi kapalnya, World Dream, di Singapura, menyebabkan ribuan pelanggan mengalami gangguan.



Resorts World Cruises yang dimiliki taikun Malaysia, Encik Lim Kok Thay telah mengisi kekosongan itu dan menawarkan kredit kepada pelanggan terjejas.



Tempahan untuk pelayaran Genting Dream bermula 18 Mei lalu.



Walaupun ada gangguan, terdapat sambutan yang kukuh daripada pasaran domestik dan antarabangsa.



"Selain sambutan domestik, kami mendapat sambutan yang sangat baik daripada pasaran luar negara... contohnya, kami mendapat 22,000 tempahan kabin dari India sahaja dalam masa kurang tiga minggu selepas mengumumkan (pelancaran semula kami)," tambah Encik Goh.



Sebagai sebahagian daripada pelancaran semula, Genting Dream memperkenalkan beberapa ciri baru.



Kapal itu kini adalah kapal persiaran mesra halal yang pertama bersijil Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) SMIIC di dunia dan menyajikan pelbagai makanan halal daripada dapur bersijil halal di atas kapal.



Makanan halal akan disediakan di salah satu restoran terbesar kapal itu, The Lido, yang mempunyai lebih daripada 500 tempat duduk.



"Pensijilan halal adalah sangat penting untuk kami dapatkan kerana kami ingin memenuhi segmen perniagaan yang berbeza... Ia adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan oleh penumpang Islam kami sebelum mereka memilih jenama syarikat (untuk berlayar) atau destinasi.



"Kami tahu bahawa ini adalah pasaran penting di Asia Tenggara. Lebih daripada 60 peratus penduduknya beragama Islam.



"Namun lebih penting, bukan orang Islam sahaja juga dapat menikmati makanan halal... Kami juga boleh memperkenalkan masakan ini kepada lebih ramai pelanggan," kata Encik Goh.



Genting Dream mengumumkan bahawa kapalnya akan berlabuh di Bintan dan Batam 1 Julai ini serta Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang 3 Julai nanti.



Ia juga merancang menyertakan lebih banyak destinasi popular seperti Phuket, Krabi dan Bali seawal Oktober tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >