Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

George Goh pertahan kelayakan bertanding jadi Presiden

Jun 15, 2023 | 03:14 PM



Encik George Goh, yang melahirkan hasrat untuk bertanding bagi jawatan Presiden, telah mempertahan kelayakannya untuk dicalonkan dalam pilihan raya tersebut.

Beliau mendakwa telah menubuhkan sebuah pasukan profesional untuk mengukur kelayakannya.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, pasukan media bagi usahawan berusia 63 tahun itu berkata pasukan tersebut terdiri daripada para peguam yang telah menasihatkannya bahawa “syarikat-syarikat stabil yang diuruskannya, jika digabungkan, melayakkannya di bawah Perlembagaan Artikel 19(4)(b)“ .

“Encik Goh tidak bertanding secara sesuka hati.

“Ia satu keputusan yang dibuat tujuh tahun lalu selepas beliau melihat perubahan kepada Perlembagaan memberi peluang kepada calon sektor privet, terutama usahawan, bertanding dalam pilihan raya itu,” kata pasukan media Encik Goh.

“Encik Goh amat berwaspada bahawa terpulang kepada PEC (Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden) memutuskan kelayakannya dan beliau tidak akan mendedahkan butiran lanjut mengenai kesnya melebihi komen di atas.”

Persoalan sekiranya Encik Goh layak bertanding bagi jawatan Presiden timbul sejak pengerusi eksekutif kumpulan Ossia International itu melahirkan hasrat mencalonkan dirinya.

Bagi memenuhi keperluan sektor privet, seseorang itu mesti telah berkhidmat sebagai ketua eksekutif sebuah syarikat sekurang-kuangnya tiga tahun, dalam tempoh apabila syarikat itu, secara purata, mempunyai sekurang-kurangnya $500 juta dalam bentuk ekuiti pemilik saham dan meraih keuntungan selepas potongan cukai.

Tempoh tiga tahun itu perlulah yang terkini.

Beberapa pemerhati politik sebelum ini menyatakan bahawa Encik Goh mungkin menggunakan laluan sektor privet untuk membuktikan kelayakannya.

Di bawah Artikel 19(4)(b), PEC mesti berpuas hati bahawa calon itu mempunyai pengalaman dan kemampuan – berdasarkan bentuk jawatan, saiz dan kerumitan pertubuhan sektor privet, serta kelakonan individu itu semasa memegang jawatannya – sejajar dengan ketua eksekutif sesebuah syarikat dengan ekuiti pemilik saham sekurang-kurangnya $500 juta atau lebih, sebagai antara faktornya.

Ia mesti berpuas hati “selepas mengambil kira faktor lain yang dianggap sesuai”, bahawa individu itu mempunyai pengalaman dan kemampuan menjalankan fungsi secara berkesan serta tugasan di pejabat presiden.

Menurut data pasaran daripada The Wall Street Journal, Ossia International, yang mengedar dan meruncit produk pengguna, mempunyai purata $50 juta dalam ekuiti pemilik saham daripada 2021 hingga 2023.


Pasukan Encik Goh pada Isnin berkata beliau memiliki lebih 100 syarikat sepanjang empat dekad lalu, termasuk lima yang disenaraikannya di bursa saham Singapura serta United Kingdom (UK).

Beliau juga telah membeli dua syarikat lain, yang turut disenaraikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >