Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran $60,000 galak belia dan Mesra anjur projek masyarakat inovatif

Apr 01, 2018 | 05:30 AM



LEBIH ramai belia kini boleh menganjurkan projek kemasyarakatan Melayu yang inovatif dan bermakna dengan adanya tawaran Geran Projek Lentor oleh Persatuan Rakyat (PA).



Dilancarkan oleh Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, semalam, geran itu bertujuan membangunkan dan menawarkan peluang kepada belia menyumbang kembali kepada masyarakat, dengan memperkenal kegiatan buat belia oleh belia.



Ia juga memberi peluang kepada golongan belia agar bekerjasama dengan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu (Mesra) PA dalam memperkenal kegiatan berkaitan Melayu, sekali gus mendekati masyarakat.



Sebanyak $60,000 diperuntuk bagi geran ini dan ia dijangka dimanfaatkan bagi membiayai sekurang-kurangnya 30 projek tahun ini, dengan setiap projek diberikan sehingga $2,000.



Sebagai permulaan, Geran Projek Lentor telah menyokong peringkat akhir Pesta Pantun anjuran Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS) yang diadakan buat kali pertamanya sejak 21 tahun lalu, di ruang awam iaitu di Our Tampines Hub (OTH), semalam.



Mengulas, Cik Rahayu, yang juga anggota panel penasihat Mesra, berkata usaha melakukan kegiatan bahasa Melayu di ruang awam merupakan satu usaha yang amat dibanggakan.



"Ia merupakan satu permulaan yang baik kerana ia dapat memesrakan belia dengan acara-acara dan meluaskannya kepada masyarakat.



"Masyarakat juga boleh mengambil bahagian dan melihat apa yang dijalankan.



"Lebih daripada itu, ia diharapkan usaha sedemikian dapat membuat masyarakat lebih selesa dan terbiasa dengan kegiatan bahasa Melayu," ujarnya.



Geran tersebut menyokong program yang dapat mendekati masyarakat umum dan perlu diselaraskan mengikut lima jenis tema.



Ini termasuk khidmat masyarakat, pendidikan dan bahasa, kesihatan, kerjaya, serta seni dan budaya.



Mengalu-alukan penglibatan belia, anggota Majlis Belia Mesra, Cik Nurul Asy'qah Roslan, mengajak belia agar sama-sama bekerjasama dengan Mesra bagi melestarikan lagi bahasa dan budaya Melayu kepada masyarakat umum.



"Geran ini merupakan satu platform yang baik untuk belia tampil merealisasikan idea mereka selain meluaskannya kepada masyarakat," ujarnya.



Akur, mahasiswa NUS dan pengarah projek Pesta Pantun 2018, Encik Suhaimi Yusri, 22 tahun, berkata banyak yang dapat dipelajari jawatankuasannya dalam mengadakan acara ini pada skala yang lebih besar.



"Kami dapat memanfaatkan kepakaran Mesra dan mendapatkan nasihat mereka misalnya, dalam aspek pemasaran acara ini kepada masyarakat umum.



"Ia juga merupakan satu peluang baik bagi kami mempelajari selok-belok dan protokol rasmi ketika menganjurkan acara," ujarnya, positif.



Belia daripada institusi pengajian tinggi yang berminat memohon geran ini atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang geran ini boleh menghantar e-mel kepada sari_idayu_omar@pa.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >