Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerhana bulan paling lama abad ke-21

Jul 28, 2018 | 01:15 PM



RATUSAN orang berkumpul di Marina South Pier awal pagi tadi (28 Julai) untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang paling lama abad ini.



Menerusi satu acara masyarakat yang dianjurkan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan kumpulan kaji bintang setempat SingAstro, orang awam diundang menyaksikan fenomena itu di taman atas bumbung Marina South Pier sepanjang malam.



Lebih 16 teleskop disediakan oleh SingAstro untuk digunakan oleh mereka yang hadir.



Lebih 500 orang hadir di acara itu.



Sekitar 1.13 pagi, bulan mula menjadi gelap tetapi pada 3.30 pagi, barulah bulan yang berwarna merah atau dikenali sebagai 'blood moon' dapat dilihat.



Mujur, cuaca yang baik juga membolehkan ramai orang menyaksikan fenomena itu dengan jelas, dengan bulan kelihatan paling merah sekitar 4.20 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >