Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gesa masyarakat Melayu/Islam jalankan tugas dengan rahmah

Aug 22, 2018 | 01:31 PM



SEKITAR 4,500 jemaah berkumpul di Masjid Al-Mawaddah di Sengkang pagi tadi (22 Ogos) bagi menunaikan solat Aidiladha, yang dipimpin Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.



Turut menyertai para jemaah adalah Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee.



Ketika ditemui media, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menyeru masyarakat Melayu/Islam Singapura agar menjalankan tugas harian dengan sempurna dan rahmah, seperti mana ibadah korban harus dijalankan.



Beliau berkata demikian menyusuli khutbah Aidiladha yang disampaikan oleh Mufti pagi tadi.



Encik Masagos juga menambah beliau berharap lebih ramai anggota masyarakat dapat tampil memberi sumbangan menerusi rangkaian daya usaha M3 (Muis, Mendaki dan Mesra) demi memakmurkan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >