Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Ghairah dapat tarawih di masjid

Apr 13, 2021 | 05:30 AM



APABILA sekatan pemutus litar dikenakan pada Ramadan tahu lalu lantas memaksa masyarakat Melayu/Islam mendirikan solat tarawih di rumah, 'kaki masjid' seperti Encik Esoof Ismail terasa suatu kekosongan.



Tahun ini, Encik Esoof, 71 tahun, bersyukur dapat menyambut kedatangan Ramadan dengan solat tarawih berjemaah di masjid yang sering dikunjunginya - Masjid Kassim.



Beliau merupakan antara mereka yang berjaya menempah slot bagi solat tarawih pada malam pertama bulan Ramadan semalam.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), beliau berkata:



"Saya gembira sekali kerana saya rindu ke masjid untuk solat tarawih. Solat tarawih ini setahun sekali dan tahun lepas kita tak dapat pergi."



Penduduk Bedok Reservoir itu yang akan ke Masjid Kassim setiap malam pada bulan Ramadan untuk solat tarawih sebelum Covid-19 melanda berkata beliau alu-alukan langkah membuka semula masjid.



Ini, katanya dapat sekurang-kurangnya menghilangkan kerinduan yang dirasanya.



"Ini satu permulaan yang menunjukkan terdapat pembaikan dan kemajuan dalam usaha kita mengatasi Covid-19," ujarnya.



Biarpun agak "terkilan" tidak dapat ke masjid hari-hari seperti dahulu, Encik Esoof tetap bersyukur dan gembira mendapat peluang meluangkan malam pertama bulan Ramadan di masjid.



Bapa dua anak itu menambah bahawa mendirikan solat tarawih bersama keluarga di rumah secara berjemaah juga suatu pengalaman yang istimewa.



Melahirkan harapan agar keadaan kembali seperti sediakala, beliau berkata:



"Yang tak dapat pergi ke masjid, ini adalah satu pengorbanan. Kita boleh berusaha untuk mendapat slot, tetapi kalau tak dapat, jangan kecewa kerana solat tarawih masih boleh dibuat di rumah macam tahun lepas. Kumpulkan isteri dan anak-anak... ia tetap istimewa," kata datuk seorang cucu itu.



Orang Islam di Singapura sudah boleh mula membuat tempahan bagi mendirikan solat tarawih bulan Ramadan ini Sabtu lalu, 9 malam.



Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), proses tempahan itu akan dilakukan secara bertahap berdasarkan tiga jadual.



Setiap jadual menawarkan tempat solat tarawih bagi setiap 10 malam dan jemaah dibolehkan menempah sekurang-kurangnya satu tempat solat dalam setiap jadual tersebut.



Tempahan tempat solat boleh dilakukan menerusi pautan https://ourmosques.commonspaces.sg/ atau aplikasi Muslim.Sg.



Langkah pengurusan selamat akan terus ditetapkan di kesemua masjid di Singapura bagi menjamin kemaslahatan jemaah.



Muis juga ingin mengingatkan bahawa solat tarawih secara berjemaah hanya akan diadakan di masjid dan tidak di lain tempat.



Masjid Al-Amin di Telok Blangah Way menyediakan tiga zon solat tarawih yang boleh menempatkan 100 jemaah lelaki dan 50 jemaah wanita, dan telah mempersiapkan sekumpulan relawan untuk memastikan langkah pengurusan selamat dipatuhi, dan jemaah dapat beribadah dengan selesa dan tenang.



Pengerusinya, Encik Muhd Khairul Jameel Yahya, mengalu-alukan jemaah agar ke masjid itu, dan masjid-masjid lain yang masih ada slot untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah, agar masjid tidak kosong dalam bulan suci ini.



"Kalau masjid berdekatan rumah sudah penuh, mungkin jemaah boleh pertimbangkan untuk ke masjid di kawasan yang masih ada banyak slot, seperti di selatan Singapura.



"Inilah peluang kita untuk menunjukkan kesyukuran dapat kembali ke masjid dan menghidupkan malam-malam Ramadan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >