Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Giant lanjutkan kempen tawar harga rendah bagi produknya

Feb 23, 2023 | 12:00 AM



PASAR raya Giant pada Rabu mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan kempen   ‘Lower Prices That Last’ (Harga Rendah Berpanjangan) hingga akhir 2023.


Lanjutan ini menegaskan lagi komitmen Giant - peruncit di bawah Kumpulan Runcit DFI (DFI) - untuk membantu pelanggan mengurangkan kesan inflasi serta ketidaktentuan ekonomi, memastikan bahawa warga Singapura masih boleh membeli barang keperluan dan produk kegemaran mereka pada harga rendah, kata DFI dalam satu kenyataan.


Dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang meningkat dan ketidakstabilan rantaian bekalan global yang meninggalkan kesan ke atas harga, warga Singapura semakin merasakan kesusahannya apabila membeli-belah barang dapur, kata DFI.


"Dengan 'Lower Prices That Last', Giant mempunyai matlamat untuk membantu pelanggan menangani kesan ke atas peruntukan perbelanjaan barang dapur mereka dengan memastikan keperluan penting merentasi barang segar, barang dapur, penjagaan peribadi dan isi rumah kekal dimampui, dengan penjimatan bakul purata sebanyak 20 peratus," tambahnya.


Sejak pelancaran kempen tersebut pada 2020, Giant telah merancakkan usaha mereka untuk memastikan warga Singapura dapat membeli barang keperluan pada harga yang rendah.


Di samping itu, pasar raya itu pada Januari telah mengumumkan bahawa ia akan menanggung kenaikan GST sebanyak 1 peratus bagi lebih 700 produk hingga Jun 2023.




 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >