Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gitaris Lovehunters derma 24 gitar miliknya

Moliano rela 'berpisah' dengan instrumen muzik kesayangan untuk diberi kepada mereka yang tidak mampu beli
Oct 07, 2021 | 05:30 AM



SENIMAN mapan, Moliano Rasmadi, atau gitaris yang lebih dikenali dalam kalangan peminat Lovehunters sebagai Pa'Mol, memutuskan menderma sejumlah 24 gitar miliknya kepada mereka yang memerlukan.



Semasa ditemui Berita Harian baru-baru ini, Moliano, 61 tahun, berkata beliau hanya memberikan gitar-gitar itu - yang kesemuanya berkeadaan baik - kepada golongan yang memerlukan.



"Sebenarnya, gitar ini digunakan oleh anak-anak buah dalam sesi muzik di pertubuhan saya, Malay Youth Performing Art (MyPart), yang bergiat di Yishun.



"Apabila pandemik Covid-19 melanda, kami tidak dapat meneruskan kelas latihan, jadi kesemua gitar ini saya simpan di tempat simpanan di Primz BizHub di Woodlands Close.



"Apabila pandemik ini berlarutan dan penutupan kelas berlangsung lama sangat, saya sayang gitar-gitar ini terbiar. Jadi, saya memutuskan membahagikannya kepada orang yang memerlukan, mereka yang tidak mampu membeli gitar," ujarnya.



MyPart, yang sebelum ini berpangkalan di Blok 102, Yishun Avenue 5, adalah sebuah pertubuhan bukan mencari untung yang bertujuan menarik golongan belia menyertai bidang muzik dan kesenian, sekali gus menghindarkan mereka daripada pengaruh negatif.



Ditanya mengapa gitar-gitar ini tidak diberikan kepada anak-anak buahnya, Moliano berkata ini kerana mereka semua mempunyai gitar masing-masing.



"Masa latihan mereka malas nak bawa gitar sendiri, jadi saya menyediakan gitar untuk memudahkan mereka berlatih," tambahnya yang ditemui wartawan sedang sibuk memunggah gitar-gitar yang ada untuk dibawa pulang dan dibersihkan serta diperbaiki sebelum diserahkan kepada penerima.



Tambahnya lagi, apabila keadaan kembali pulih beliau akan memikirkan langkah selanjutnya dalam melanjutkan kelas muzik yang dikendalikan oleh MyPart.



Menurut ahli kumpulan trio yang popular dengan lagu Blues Untuk Rakyat dan Berpindah Minda itu, ada antara gitarnya berjenama Yamaha, Suzuki, Marina dan Tassy.



Rata-rata harga gitar ini antara $60 dengan $300 sebuah.



"Hujung minggu lalu, saya bawa pulang gitar-gitar ini untuk membersihkannya dan memperbaikinya semula sebelum diserahkan kepada mereka," katanya yang tidak lokek senyuman itu.



Sehingga tawaran ditutup pada 1 Oktober lalu, Pa'Mol telah menerima 24 permohonan dan menemui para penerimanya, pada Ahad lalu.



Malah, ada permintaan datangnya dari sejauh Kuala Lumpur, Malaysia.



"Pa'Mol minta maaf kalau ada kawan-kawan minta tapi tak dapat dipenuhi kerana Pa'Mol nak beri kepada mereka yang benar-benar tak mampu memilikinya.




TRIVIA LOVEHUNTERS



  • Band Singapura yang dianggotai Yazid Abu Bakar, Moliano Rasmadi dan Saharuddin Jalil terkenal hingga ke seberang Tambak dan Indonesia sekitar 1980-an dan 1990-an. Penyanyi Iskandar M. Ismail diundang menjadi vokalis Lovehunters untuk satu album Inggeris pada 1994.

  • Condong ke arah irama rok 'blues' dan 'rock & roll', ia dikenali kerana lagu-lagu seperti Sehari Dalam Hidup, Ku Ukir Namamu, Ku Tetap Menanti, Blues Untuk Rakyat (menampilkan Datuk Ramli Sarip), Berpindah Minda, Teman dan Sambutlah Kasih.

  • Antara albumnya:Sehari Dalam Hidup (1987); Realiti (1989); Blues Untuk Rakyat (1991); Terima Kasih (1993), Lovehunters (album Inggeris); Kembali (1999), album kompilasi Ikhlas (2004) dan album Lovehunters: Live At Esplanade.


"Sebenarnya, gitar ini digunakan oleh anak-anak buah dalam sesi muzik di pertubuhan saya, Malay Youth Performing Art (MyPart), yang bergiat di Yishun.

Apabila pandemik Covid-19 melanda, kami tidak dapat meneruskan kelas latihan, jadi kesemua gitar ini saya simpan di tempat simpanan di Primz BizHub di Woodlands Close.

Apabila pandemik ini berlarutan dan penutupan kelas berlangsung lama sangat, saya sayang gitar-gitar ini terbiar.

Jadi, saya memutuskan membahagikannya kepada orang yang memerlukan, mereka yang tidak mampu membeli gitar."

- Moliano Rasmadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >