Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan kurang upaya sumber tenaga kerja

Mar 19, 2020 | 05:30 AM



JIKA peluang dan latihan diberikan kepada golongan kurang upaya untuk menjadi sebahagian tenaga kerja, mereka boleh menjadi alternatif baik kepada tenaga kerja asing di sini.



Demikian dikongsi Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad semalam setelah melawat Pan Pacific Hotel Singapore yang menyatakan kesungguhan mereka memperkasa golongan kurang upaya melalui pekerjaan.



"Daripada hanya melihat mereka sebagai sumber untuk melakukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), lihat mereka sebagai sumber yang boleh melakukan kerja betul, dan lambat-laun mereka boleh menjadi alternatif kepada tenaga kerja asing," ujar Encik Zaqy.



"Jika mereka dilatih dengan baik, sekitaran disediakan untuk mereka menyumbang, saya rasa di sini kita boleh mendapati jurang untuk diisi.



"Saya fikir sedikit sebanyak, mereka seperti balast, jika anda dapatkan peranan yang tepat untuk mereka dan bagaimana mereka dapat mencari pekerjaan yang bermakna," tambah beliau.



Encik Zaqy turut menggalakkan lebih ramai majikan mengambil orang kurang upaya sebagai sebahagian tenaga kerja mereka, lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai skim dan geran yang tersedia bagi tujuan tersebut.



Menyentuh skim kredit pekerjaan dan geran latihan program pintu terbuka, Encik Zaqy berkata pemerintah akan memberi subsidi sehingga 20 peratus kepada majikan yang mengambil pekerja kurang upaya.



Dalam pada itu, meskipun dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang, Pan Pacific Hotel Singapore masih akan meneruskan usahanya melatih dan mengambil pekerja daripada golongan kurang upaya.



Kata Pengerah Eksekutif, Aset, Gaya Hidup dan CSR, Pan Pacific Hotels Group, Cik Wee Wei Ling:



"Kami masih teruskan usaha ini, kita tak pernah ketepikannya, ia sebahagian usaha kemampanan jangka panjang kami."



Cik Wee berkata keputusan mengambil pekerja golongan kurang upaya ialah untuk memberi mereka peluang menyara kehidupan sendiri.



"Bagi ibu bapa para pekerja ini juga, ia memberi mereka keyakinan dan mengurangkan kerisauan mereka tentang apa yang akan berlaku kelak (kepada anak mereka) jika mereka sudah tiada," ujarnya.



Malah, pihak hotel berkongsi bahawa pengambilan pekerja yang lebih inklusif turut memberi kesan positif kepada tenaga kerja syarikat tersebut secara keseluruhan.



Tahap belas kasihan di kalangan pekerja meningkat dengan ketara, sekali gus meningkatkan kebanggaan terhadap organisasi dan kualiti perkhidmatan pekerja mereka.



Ditemui semalam, Encik Danial Affandy, 20 tahun, yang kurang upaya intelektual berkata beliau sangat gembira dapat bekerja di hotel tersebut.



Sejak 2018, beliau melakukan tugas seperti mengoperasikan mesin basuh pinggan mangkuk dan membersihkan dapur pastri.



Sebelum itu, Encik Danial telah melalui latihan selama enam bulan.



"Saya betul-betul suka kerja di sini sebab hotelnya cantik dan saya juga sangat gembira hari ini (semalam) sebab dapat jumpa menteri (Encik Zaqy)," katanya, sambil tersenyum lebar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >