Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Golongan muda lebih berisiko terdedah pada bahaya dalam talian: Rahayu

Sep 27, 2023 | 08:26 PM



Golongan muda lebih berisiko terdedah kepada kemudaratan dalam talian kerana mereka adalah pengguna asli digital dan kehidupan seharian mereka terikat dengan kewujudan dalam talian, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.

Beliau berkata demikian semasa simposium Kemudaratan Dalam Talian yang diadakan di Sekolah Undang-Undang Yong Pung How, Universiti Pengurusan Singapura (SMU), pada 27 September.

“Mereka (golongan muda) lebih berisiko terdedah kepada kemudaratan dalam talian. Ini adalah kebimbangan yang serius kerana golongan muda mungkin mempunyai kurang kematangan, sumber atau pengetahuan untuk menghadapi kesan kemudaratan dalam talian.

“Mereka mungkin mengambil langkah melampau untuk melepaskan diri daripada emosi yang mereka hadapi,” ujar Cik Rahayu.

Ketika menyampaikan ucapan penutup pada hari terakhir simposium, Cik Rahayu berkongsi dapatan tinjauan yang dijalankan Perikatan Untuk Bertindak (AfA) Sunlight – satu gabungan rentas sektor yang membincangkan huraian bagi isu bahaya dalam talian.

Tinjauan tersebut mendapati bahawa responden yang mengalami kemudaratan dalam talian berkemungkinan besar melaporkan mengalami kesan psikologi seperti kesedihan, ketakutan dan kebimbangan.

Cik Rahayu berkongsi bahawa 33.5 peratus responden berasa “sedih, cemas atau tertekan” dan 20.2 peratus berasa “takut akan keselamatan mereka”.

“Pada saat ini, sedang saya bercakap, perbuatan berbahaya sedang berlaku dalam talian dan terus menyebabkan kerosakan teruk kepada orang di sekeliling kita.

“Lebih banyak tragedi tidak perlu berlaku sebelum masyarakat memutuskan untuk melakukan sesuatu untuk menangani masalah kemudaratan dalam talian.

“Kita boleh dan mesti, melakukan lebih baik,” tambahnya.

Mengulas tentang langkah-langkah yang Singapura sudah ambil untuk menangani isu kemudaratan dalam talian, Cik Rahayu merumuskan perkongsian Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semasa ucapan pembukaannya pada Isnin.

Beliau berkata Singapura sudah pun mempunyai rangka kerja peraturan, seperti Akta Penyiaran dan Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian (OCHA), untuk memastikan sistem dan proses yang betul disediakan untuk meminimumkan risiko kemudaratan dalam talian yang berlaku.

Di samping itu, terdapat inisiatif pendidikan awam, yang didorong oleh sektor awam, swasta dan orang ramai, untuk membantu mendidik orang ramai tentang kemudaratan dalam talian, serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk kekal selamat dalam talian.

Namun berdasarkan semakan, Cik Rahayu berkata satu bidang yang kurang adalah peranan undang-undang sivil.

“Dalam kesimpulan, masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk membina semula kepercayaan dan keselamatan dalam dunia dalam talian dan memastikan ‘Internet Lebih Baik’ untuk generasi akan datang.

“Janganlah kita tunggu sehingga kos tersembunyi krisis kesihatan mental menjadi jelas sebelum kita bertindak, atau ia mungkin terlambat (untuk bertindak balas),” kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >