Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Google akan luaskan program latihan Skills Ignition SG

Ia akan tambah 100 pelatih di tempat kerja selain buka 600 tempat vokasional baru Oktober ini
Jul 28, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT teknologi Google akan meluaskan program latihan Skills Ignition SG bagi memperkasa rakyat dan penduduk tetap (PR) Singapura dengan kemahiran dalam ekonomi dan pekerjaan digital.



Pada Oktober ini, ia akan menambah 100 pelatih di tempat kerja selain membuka 600 tempat vokasional baru.



Selain itu, ia akan memperkenalkan trak latihan baru dalam bidang kejuruteraan data dengan asas pembelajaran mesin, selain daripada dua program yang kini ditawarkan ia itu teknologi awan (cloud) dan pemasaran digital.



"Digital ekonomi yang kini mendorong pertumbuhan ekonomi secara global mengetengahkan pelbagai cabaran serta peluang yang besar, terutamanya dengan keperluan untuk individu melengkapi diri mereka dengan kemahiran dalam bidang seperti teknologi awan dan pemasaran digital.



"Seperti biasa, Singapura akan terus memberi tumpuan untuk melabur dalam orang-orang kita, yang merupakan sumber yang paling penting bagi kita," kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo semasa acara meraikan tamat program Skills Ignition dalam talian semalam.



Skills Ignition SG merupakan satu program kerjasama antara Google, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), IMDA, dan SkillsFuture Singapore (SSG) dalam usaha menyokong Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited yang bertujuan memberi peluang latihan dan pengalaman bekerja kepada 3,000 warga Singapura yang tidak bekerja.



Program ini menawarkan dua laluan - salah satu daripadanya memberi fokus kepada menyediakan peluang latihan sambil bekerja di mana peserta akan melalui latihan vokasional pada tiga bulan pertama sebelum melalui pengalaman bekerja di syarikat yang ditempatkan selama enam bulan.



Menjelaskan lanjut mengenai tempat vokasional, Pengarah Negara Google Singapura, Encik Ben King berkata Google akan memperluaskan program tersebut dengan 600 lagi tempat latihan vokasional baru, menjadikan sasaran keseluruhan mereka menjadi 3,600.



Sementara itu, laluan tambahan yang ditawarkan oleh Google akan merangkumi Kejuruteraan Data dengan Asas Pembelajaran Mesin.



"Kami di Google terus komited untuk melatih lebih ramai warga Singapura untuk mengambil peranan digital.



"Dengan digital ekonomi yang dipercepatkan, peranan AI akan terus berkembang ketika Singapura beralih kepada Negara Bijak. Jadi sebagai pemimpin global dalam Teknologi Perawanan dan Pemasaran digital, kami ingin menyokong negara dengan mengembangkan saluran bakat tempatan yang mahir dalam bidang ini," kata Encik Ben.



Semasa melancarkan Skills Ignition, mereka menetapkan matlamat melatih 3,000 rakyat dan PR Singapura, 2,400 melalui latihan vokasional dalam talian dan 600 melalui gabungan latihan dalam talian pembelajaran di tempat kerja dengan syarikat sejagat atau setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >