Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Google suntik $1.4j kepada dana Mandai Nature bagi tangani krisis iklim

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



GOOGLE akan mengikrarkan komitmen sebanyak AS$1 juta ($1.4 juta) kepada Mandai Nature sebagai sebahagian daripada langkah gergasi teknologi itu untuk menangani krisis iklim.



Ini geran pertama daripada Google yang memberi perhatian kepada kemampanan di Singapura, kata syarikat tersebut kelmarin.



Mandai Nature, yang ditubuhkan pada 2020 oleh Temasek dan Mandai Wildlife Group, akan bekerjasama dengan tujuh pertubuhan alam sekitar tanpa untung yang lain - termasuk BirdLife International dan World Resources Institute Indonesia - untuk membangunkan alat pemetaan.



Dengan pembiayaan dana itu, Mandai Nature akan menyokong Gabungan Huraian Berasaskan Iklim dan Alam Semula Jadi Asia Tenggara yang terdiri daripada lapan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) diiktiraf global yang terkenal atas usaha pemuliharaan alam sekitar.



Dengan alat itu, gabungan itu akan dapat merancang lokasi dengan sumber semula jadi yang boleh mengambil karbon dan memulihara hidupan liar dan biodiversiti kawasan itu, kata ketua eksekutif Mandai Nature, Cik Kavita Prakash-Mani.



Memelihara dan memulihkan hutan bakau pantai, hutan dan tanah gambut - yang bertindak sebagai penyerap karbon untuk menyerap karbon dioksida - akan menghasilkan penyelesaian mitigasi perubahan iklim berasaskan alam semula jadi yang munasabah, tambah beliau.



Perubahan ini juga dapat memulihara hidupan liar dan biodiversiti yang kaya di kawasan itu untuk memberi manfaat kepada penduduknya, tambah Cik Prakash-Mani.



Geran $1.4 juta itu diumumkan pada acara ulang tahun ke-15 Google Singapura kelmarin.



Mengulas mengenai keperluan untuk penyelesaian kemampanan berasaskan teknologi, pengarah urusan Google Singapura, Encik Ben King, berkata:



"Kami telah melihat bahawa cabaran utama bagi organisasi tidak mencari untung dalam menangani krisis iklim yang sedang berlaku ialah kekurangan data dan bukti yang boleh dipercayai untuk dimaklumkan di mana dan bagaimana untuk melaksanakan program pada kadar dan skala yang diperlukan."



Versi percubaan bagi peta yang diusahakan itu dijangka akan dilancarkan kepada gabungan dan rakan kongsi pemuliharaan lain menjelang awal 2024.



Semasa acara tersebut, syarikat itu turut mengumumkan kerjasama antara Google Cloud dan Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) untuk "mencipta bersama huraian AI (kecerdasan buatan) yang akan memperbaiki cara rakyat Singapura bekerja dan hidup".



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menarik perhatian semasa acara tersebut bahawa "masih terdapat peluang besar di Singapura dan seluruh Asia, terutama sekali di Asia Tenggara".



"Ekonomi digital di Asia Tenggara baru sahaja bermula. Ia didorong oleh pasaran pengguna digital yang besar dan belum diteroka. Namun, berkembang dengan pesat," kata beliau.



"Singapura yang terletak di tengah-tengah Asia berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang ini."




"Teknologi telah menjadi pendaya yang besar, dan Google telah melangkah ke hadapan untuk menyediakan penyelesaian sedemikian. Kami juga telah menghubungi warga emas, dan kumpulan lain yang berbeza dalam masyarakat, untuk menerima dan mempelajari cara menggunakan teknologi.

Untuk menjadi hab yang berkesan, kita juga perlu bekerjasama dengan syarikat seperti Google untuk mengukuhkan ekosistem teknologi kita di Singapura, terutamanya dalam bidang kemahiran, inovasi dan kemampanan. Saya gembira kerana Google telah menjadi rakan kongsi kuat Singapura dalam semua aspek ini."

- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata di acara 'Google for Singapore' kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >