Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grab, SembCorp perkenal panel solar di bumbung ibu pejabat Sata

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



GRAB Singapore dan SembCorp Industries mengumumkan semalam bahawa mereka telah memasang 182 panel solar di atas bumbung ibu pejabat Sata CommHealth.



Sistem panel solar itu akan menjana 10 peratus daripada keperluan tenaga ibu pejabat itu setiap tahun, sekaligus menyumbang kepada matlamat kemampanan keseluruhan Sata CommHealth.



Panel solar itu dijayakan oleh program hijau Grab, yang telah diumumkan pada Julai tahun lalu.



Pengguna perkhidmatan Grab boleh memilih untuk menyumbang 10 sen kepada program hijau itu dengan setiap perjalanan pengangkutan atau pesanan penghantaran daripada GrabFood.



Ini seterusnya mengimbangi jejak karbon mereka dan membiayai projek memasang panel solar di Singapura.



Program ini telah mengumpul lebih daripada $600,000, termasuk sumbangan daripada pengguna untuk Program Hijau, dan $300,000 daripada Grab.



Menurut Ketua Pengangkutan Grab Singapore, Encik Alvin Wee, lebih ramai orang yang menyedari kesan negatif daripada perubahan iklim dan semakin ramai individu dan syarikat mengambil tindakan untuk menguruskan jejak karbon mereka.



"Program hijau kami diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran dan menjadikannya lebih mudah bagi pengguna kami untuk mengamalkan tabiat penggunaan yang mampan, di samping membolehkan mereka menyokong institusi komuniti untuk turut melakukan perkara yang sama.



"Panel solar ini adalah salah satu daripada hasil usaha kami yang pertama dengan kerjasama SembCorp, dan kami berharap dapat memberi manfaat kepada lebih banyak institusi masyarakat pada masa depan," kata beliau.



Menurut Ketua Hal Ehwal Korporat, Singapura dan Asia Tenggara, SembCorp Industries, Cik Valerie Lee, kerjasama Sembcorp dengan Grab menerusi program hijau bertujuan mengenal pasti projek yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Singapura secara keseluruhan.



"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Grab untuk membantu pertubuhan tidak meraih keuntungan mengambil langkah ke arah kemampanan.



"Program Hijau adalah salah satu inisiatif yang telah mengumpulkan pihak-pihak berkepentingan yang berbeza dan memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat perubahan yang positif untuk alam sekitar.



"Kami akan bekerja rapat dengan rakan-rakan yang berfikiran sama untuk mencari peluang-peluang untuk menyumbang penyelesaian tenaga yang boleh diperbaharui dan terus melangkah ke arah Pelan Singapura Menghijau 2030," kata beliau.



Sebagai penyedia huraian tenaga dan bandar utama, SembCorp mempunyai rekod prestasi sejagat dalam menyampaikan huraian inovatif yang menyokong peralihan tenaga dan pembangunan mampan.



SembCorp juga telah bertanggungjawab membangunkan lebih 424 megawatt-puncak (MWp) daripada keupayaan suria kasar, yang menyumbang kepada sasaran Suria Singapura 2025 sebanyak 1.5 gigawatt-puncak (GWp).



Acara itu telah dihadiri oleh tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >