Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grace Fu galak beli makanan laut hasil tempatan

Jul 25, 2021 | 05:30 AM



BEKALAN makanan laut di Singapura stabil meskipun Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) ditutup bagi mengekang penularan Covid-19, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.



Beliau turut menasihati warga Singapura supaya menyokong hasil tempatan dan cuba pelbagai jenis ikan dan makanan laut.



Cik Fu berkata demikian menyusuli lawatannya ke pasar raya Prime Supermarket di Century Square, pagi semalam.



Menurutnya penghasil tempatan telah mempertingkat hasil mereka, dengan ada daripada mereka yang telah menerima tempahan empat hingga lima kali ganda lebih tinggi dari biasa.



"Mereka telah menyesuaikan diri dengan pantas, mendapatkan dari sumber alternatif, mengagihkannya kepada kilang alternatif dan pada masa yang sama, mempunyai daya tahan yang tinggi untuk memastikan rantaian bekalan berterusan," ujarnya.



Dalam pada itu, beliau menambah di pasar raya, hasil tempatan telah membantu mengisi jurang yang kosong, di samping makanan beku yang turut menyaksikan penjualan yang baik.



"Saya ingin menggesa rakyat Singapura supaya mencuba hasil tempatan dan menyokong penghasil tempatan. Jika kita menyokong hasil tempatan, mereka akan dapat meneruskan penghasilan makanan ini," katanya.



Di samping itu, beliau berkata terdapat sumber alternatif dengan pelbagai jenis ikan dan makanan laut yang boleh dipilih untuk warga nikmati.



"Saya menggalak rakyat mencubanya agar kita semua dapat menikmati makanan laut," katanya lagi.



Hasil tempatan boleh didapati dengan mudah di pasar raya utama seperti Prime, NTUC FairPrice dan juga dalam talian.



JFP yang membekalkan sekitar 30 peratus import makanan laut ke Singapura, termasuk yang diimport menerusi pengangkutan darat dan udara telah ditutup hingga 31 Julai ini. Ini berlaku susulan kelompok jangkitan Covid-19 yang muncul di situ.



Penutupan sepanjang dua minggu itu adalah untuk mengekang rantaian penularan Covid-19 dan menjalankan kerja-kerja pembasmian kuman.



Penutupan itu turut menjejas semua pergerai dan peniaga makanan laut segar di pasar-pasar setempat yang dikendali Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pengendali yang dilantik agensi tersebut. Mereka telah diarah menghentikan penjualan makanan laut sehingga mereka memperolehi keputusan negatif Covid-19 setelah menjalani ujian reaksi rantaian polimerase (PCR).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >