Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grace Fu hadiri persiapan mesyuarat PreCOP-27 di Congo, lawatan kerja ke Afrika Selatan

Oct 02, 2022 | 04:16 PM



MENTERI Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, akan menghadiri persiapan mesyuarat untuk Persidangan ke-27 Parti-Parti dalam Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim  (PreCOP-27) di Kinshasa, Republik Demokratik Congo (DRC), selama dua hari mulai esok (3 Okt).


Cik Fu akan juga mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Afrika Selatan, mulai 5 hingga 7 Oktober ini.


Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) menyatakan, penyertaan Cik Fu dalam PreCOP-27 adalah atas undangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Sekitaran dan Pembangunan Kemampanan DRC, Cik Eve Bazaiba, dan Presiden Yang Telah Dinamai untuk COP-27 dari Mesir merangkap Menteri Ehwal Luar, Encik Sameh Shoukry.


Di mesyuarat itu nanti, para menteri dan perwakilan dari kumpulan negara-negara terpilih akan bertukar-tukar pandangan dan membincangkan isu-isu utama, seperti pendakapan, kerugian dan kerosakan, mitigasi, dan mempertingkat kemudahan kewangan, menjelang COP-27, yang akan diadakan di Sharm El-Sheikh, Mesir, pada November ini.


Cik Fu akan mengongsi pandangan Singapura tentang isu-isu ini dan mengusulkan cara-cara untuk melanjutkan perbincangan menjelang COP-27.


Semasa di Johannesburg dan Pretoria pula, Cik Fu akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Afrika Selatan dan akademik bagi menukar-nukar pandangan tentang perubahan iklim, soal kemampanan, sekitaran, makanan dan isu air.


Cik Fu akan diiringi para pegawai dari MSE dan Sekretariat Perubahan Iklim Nasional, Pejabat Perdana Menteri. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >