DUA menteri Singapura telah menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene, yang berlangsung Sabtu.
Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, menghadiri majlis tersebut.
Semasa kunjungan itu, Cik Fu dan Dr Tan mengadakan pertemuan bersama dan diikuti dengan makan tengah hari bersama Sultan, Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, dan ahli kerabat diraja.
Menurut MFA, lawatan ini menandakan kembalinya tradisi tahunan pemimpin Singapura menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Sultan Johor, berikutan penangguhan selama tiga tahun semasa pandemik Covid-19.
Kedua-dua menteri negara ini diiringi pegawai MFA, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), dan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Grace Fu, See Leng, hadiri Rumah Terbuka Sultan Johor
Apr 23, 2023 | 04:00 PM