Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gred kebersihan Spize di Bedok diturun dari 'A' ke 'C'

Mar 15, 2023 | 05:30 AM



GRED kebersihan kedai makanan terkenal Spize di Bedok telah diturunkan daripada 'A' kepada 'C' selepas kejadian keracunan makanan pada Julai 2022 yang mengakibatkan 15 orang mengalami simptom gastroenteritis.



Menurut kenyataan Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Sabtu, mereka makan di sebuah cawangan Spize di Bedok pada 5 dan 6 Julai 2022.



Namun, tiada seorang pun daripada mereka yang dimasukkan ke hospital, menurut kenyataan tersebut.



Dalam satu operasi bersama, SFA dan Kementerian Kesihatan (MOH) mendapati beberapa pelanggaran kebersihan semasa pemeriksaan di kedua-dua gerai makanan Spize, khususnya di Spize Continental Kitchen dan kedai makanan Spize pada 10 Julai 2022.



SFA berkata ia akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemegang lesen atas kesalahan tersebut.



"SFA telah menurunkan gred kebersihan makanan di gerai makanan Spize Continental Kitchen yang terletak di 338 Bedok Road dan kedai makanan Spize yang terletak di 284 Bedok Road, daripada 'A' kepada 'C', berkuat kuasa 10 Mac 2023 dan ia akan disemak semula dalam 12 bulan," kata SFA.



Premis tersebut akan terus dipantau oleh agensi berkenaan.



SFA mengingatkan pengendali makanan supaya mematuhi amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang baik seperti memastikan kakitangan mencuci tangan sebelum menyentuh makanan.



Ini akan membantu mengurangkan kejadian jangkitan seperti gastroenteritis.



Spize mempunyai satu lagi cawangan di Temasek Club di Rifle Range Road.



Ini bukan kali pertama Spize mengalami kejadian keracunan makanan di cawangannya.



Pada November 2018, seorang lelaki berada dalam keadaan kritikal selepas makan makanan daripada Spize tiga jam selepas penghantarannya.



Beliau antara 72 orang yang mengalami gastroenteritis selepas makan makanan bento yang disediakan oleh cawangan Spize di River Valley.



Beliau kemudiannya meninggal dunia akibat sepsis dan kegagalan pelbagai organ.



Cawangan River Valley telah ditutup oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) selepas kejadian itu.



Ketika dihubungi Berita Harian pada Selasa, Encik Haresh Sabnani, pemilik bersama Spize, enggan mengulas atau memberi sebarang kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >