Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grid elektrik guna tenaga daripada matahari, angin dan laut akan dibina di Singapura

Oct 28, 2014 | 11:15 PM



SINGAPURA akan membangunkan grid-mikro hibrid pertama di rantau ini yang menggabungkan tenaga yang boleh dibaharui daripada cahaya matahari dan kuasa angin serta laut.


Grid tersebut akan memanfaatkan pengurusan tenaga dan sistem simpanan bagi memastikan bekalan tenaga yang stabil dan konsisten.


Sebagai permulaan, grid itu akan ditempatkan di perairan dekat Pulau Semakau dan dijangka menghasilkan sekitar 1 megawat tenaga. Tenaga yang dihasilkan itu akan digunakan di Pulau Semakau, sebuah kawasan kambus abu sampah.


Jumlah tenaga tersebut mencukupi untuk membekalkan kuasa elektrik kepada pulau dan perkampungan kecil dan boleh bertindak sebagai bekalan tenaga kecemasan bagi kota-kota lebih besar. Di Singapura, tenaga sedemikian boleh digunakan untuk membekalkan kuasa elektrik kepada 250 flat empat-bilik HDB.


Mengumumkan projek tersebut, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik S. Iswaran, berkata Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan membangunkan grid itu bersama-sama dengan 10 syarikat berbilang negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >