Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: TABAH HADAPI CABARAN

Gumpalan di kededua buah dada rupanya barah

Oktober merupakan Bulan Kesedaran Barah Buah Dada, iaitu sebuah kempen tahunan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan barah buah dada. Sempena bulan khas ini, berikut Berita Harian melaporkan kisah seorang pesakit barah buah dada yang berkongsi perjuangannya menentang penyakit itu.
Oct 01, 2021 | 05:30 AM



SELAMA hampir dua tahun, Cik Emillia Mohamed tidak mengendahkan gumpalan yang dapat dilihat dan dirasakan pada kedua-dua buah dadanya.



Pada ketika itu, beliau hanya menganggap gumpalan tersebut muncul disebabkan beliau baru saja keguguran dan ianya "bengkak susu" yang akan susut dan hilang lama-kelamaan.



Di samping itu, beliau juga tidak rasa sebarang kesakitan tetapi hanya rasa sengal.



Namun, selama dua tahun itu, gumpalan tersebut terus kekal di kedua-dua buah dadanya.



Pada 2017, Cik Emillia mula rasa tidak sedap hati selepas membuat kajian tentang barah buah dada di Internet dan telah pergi ke poliklinik untuk pemeriksaan.



Dengan segera, doktor di poliklinik itu merujuk beliau ke hospital bagi pemeriksaan lanjut dan biopsi.



Di situlah, Cik Emillia dikhabarkan berita tidak diduga bahawa beliau menghidapi barah buah dada tahap tiga.



Meskipun terdapat dua gumpalan, hanya gumpalan pada buah dada kanannya yang didapati berbarah.



"Orang kata penyakit barah ini ibarat hukuman mati. Pada ketika itu, saya tak tahu apa nak dirasakan. Apabila doktor beritahu saya bahawa ianya barah dan saya perlu melakukan rawatan secepat mungkin, saya tak tahu apa nak kata," kata pegawai pentadbiran logistik berusia 45 tahun itu.



"Ia memang mengejutkan kerana saya tak demam dan sepanjang tempoh dua tahun itu, saya tak ada rasa sakit langsung," kata beliau.



Sejurus setelah didiagnos, Cik Emillia terus mula menjalani rawatan kemoterapi - pengalaman yang paling mencabar buat diri beliau sepanjang perjalanan barahnya itu.



Sepanjang rawatan kemoterapi sebanyak 10 pusingan itu, Cik Emillia berkata beliau tidak dapat bekerja kerana rasa terlalu sakit dan lesu dan seleranya juga hilang kerana kebanyakan makanan, dan malah air, terasa seperti "besi".



"Saya tak tahan dengan rasa sakitnya sehinggakan sampai orang pegang tangan saya pun rasa amat sakit," kata beliau.



Namun mujur, selama perjalanannya melawan barah itu, Cik Emillia menerima sokongan tanpa putus dari suami dan lima anaknya, dan juga kakitangan hospital, yang banyak memberi kata-kata dorongan supaya beliau tidak putus asa.



Setelah rawatan kemoterapinya berakhir, beliau menjalani pembedahan untuk mengeluarkan gumpalan pada kedua-dua buah dadanya sebelum melalui rawatan radioterapi pula.



Walaupun sedang melalui ujian berat itu, Cik Emillia terus kuat semangat dan mula kembali bekerja hanya sekitar dua, tiga minggu selepas pembedahannya sementara perlu melakukan rawatan radioterapi setiap hari selama dua bulan.



"Pada waktu itu, pagi saya akan pergi kerja dan kemudian tengah hari, saya akan ke hospital buat radioterapi sebelum pulang ke rumah. Saya bersyukur sangat-sangat kerana majikan saya banyak memberikan sokongan.



"Malah, apabila saya kembali bekerja, beliau berkata jika saya rasa tidak sihat, saya boleh pulang ke rumah untuk berehat," kata beliau.



Cik Emillia kini masih lagi dalam perjuangan menentang barah dan perlu mengambil ubat-ubatan untuk selama 10 tahun.



Tahun lalu, beliau didiagnos pula mempunyai tumor pada belakang kepalanya, namun mujur, ia tidak berbarah dan dapat dikeluarkan melalui pembedahan.



Cik Emillia menasihatkan orang ramai agar jangan takut berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kerana sekiranya penyakit barah dikesan awal, ia dapat dirawat dengan cepat.



Memberi nasihat kepada pesakit barah lain, Cik Emillia berkata sokongan keluarga adalah amat penting dan pesakit itu sendiri juga perlu kuat semangat.



"Perjalanannya memang penat dan sakit tetapi anda perlu teruskan perjuangan. Bagi saya, saya selalu fikirkan tentang ibu bapa, anak-anak dan suami yang semuanya perlukan saya. Saya mahu lihat anak-anak saya membesar, saya mahu jaga ibu bapa saya. Semangat kita perlu kuat," kata beliau.




5 MITOS DAN SALAH FAHAM MENGENAI BARAH BUAH DADA



1. Adakah coli dengan besi di dalamnya boleh membuat wanita menghidapi barah buah dada?



Jawapan: Tidak ada bukti yang menunjukkan coli dengan besi di dalamnya boleh menyebabkan barah.



2. Bolehkah pemeriksaan mamogram tahunan meningkatkan risiko barah?



Jawapan: Dengan teknologi terkini, dos radiasi dengan mamogram adalah amat rendah. Tidak ada kes barah buah dada yang terbukti timbul daripada mamogram.



3. Adakah wanita saja yang boleh menghidapi barah buah dada?



Jawapan: Tidak, barah buah dada juga boleh berlaku pada lelaki. Kejadian barah buah dada dalam kalangan lelaki adalah kurang 1%. Risiko mengalami barah buah dada bagi lelaki termasuk usia semakin meningkat, dan sejarah barah dalam keluarga yang kukuh.



4. Adakah barah buah dada berjangkit?



Jawapan: Tidak. Barah buah dada berkembang secara dalaman disebabkan pertumbuhan sel luar biasa yang tidak terkawal dalam tubuh. Ia bukan dari sumber luaran.



5. Adakah barah buah dada hanya berlaku apabila anda dalam usia pertengahan?



Jawapan: Barah buah dada boleh berlaku pada sembarang usia. Malah, lebih 10% daripada semua diagnosis barah buah dada dialami wanita berusia bawah 45 tahun. Barah buah dada dalam kalangan wanita muda lebih cenderung agresif. Wanita bawah usia 40 tahun secara umumnya terlalu muda untuk mulakan pemeriksaan mamogram melainkan mereka dianggap berisiko lebih tinggi terkena barah itu. Oleh itu, adalah penting untuk waspada terhadap tanda-tanda barah buah dada, lakukan pemeriksaan buah dada sendiri secara kerap, dan mulakan pemeriksaan pada usia 40 tahun.



Sumber : Yayasan Barah Buah Dada




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >