Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna teknologi, sains sukan bawa urut tradisi ke tahap lebih tinggi

Oct 10, 2022 | 05:30 AM



DENGAN kemajuan dalam teknologi serta kemudahan dan perkhidmatan sains sukan, Encik Sarhan Hamzah percaya ia mampu membantu membawa khidmat urut tradisional ke peringkat yang lebih tinggi.



Sejak mengasah kemahirannya sebagai tukang urut tradisional hampir 10 tahun, beliau rajin mengikuti kursus baru bagi mempertingkatkan lagi kemahirannya dalam bidang ini.



Encik Sarhan, 36 tahun, merupakan sebahagian ramai anak muda, termasuk golongan milenial yang kian berjinak-jinak dalam menyediakan khidmat terapi urut tradisional mahupun moden.



Minatnya dalam bidang urut tradisional ini mula berputik selepas menyedari bahawa kemahiran tersebut amat bermanfaat dan mempunyai permintaan yang tinggi.



"Saya belajar tentang urut tradisional 'kampung' daripada guru silat saya pada 2012. Sejak 2014, saya bersemangat untuk terus mempertingkatkan kemahiran saya," kata beliau, yang kini menguruskan syarikatnya, Shiraz Hijama Therapy, menawarkan pelbagai khidmat perubatan tradisional dan moden seperti bekam, akupunktur, urut tisu lapisan dalam serta perkhidmatan ruqyah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >