Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Gunting' kembali perjelas dasar pemerintah dalam format berbeza

Oct 01, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR lima tahun selepas ditayangkan buat kali pertama, drama Gunting kembali bersiaran semalam, namun dalam bentuk yang berbeza sedikit.



Dua episod siri web drama Gunting: Permulaan Baru akan dimuat naik pada 6 petang setiap minggu di laman YouTube Gov.sg dari semalam hingga 21 Oktober.



Sementara itu, telefilemnya akan disiarkan di saluran Suria pada 21 Oktober, 9 hingga 10 malam, dengan siaran ulangannya pada 22 Oktober, 4 petang.



Menurut kenyataan DDB Group Singapore, siri web itu menyasarkan golongan lebih muda dan mengandungi dialog dalam bahasa Inggeris serta beberapa jalan cerita yang sesuai bagi golongan belia.



Sementara itu, telefilemnya pula merupakan ringkasan siri web dengan beberapa adegan tambahan yang telah dipilih dan disusun bagi penonton Suria.



Diterbitkan oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) yang juga bergabung dengan Tribal Wordwide Singapore dan pengarah filem M. Raihan Halim daripada Papahan Films, drama itu mengisahkan tentang Hisyam (lakonan Hisyam Hamid) yang menerajui kedai gunting rambut lelaki Salihin & Sons (S&S) setelah penghijrahan rakan zaman kanak-kanak dan pengasas bersama, Taufik, yang pernah dilakonkan oleh Taufik Batisah.



Di samping menampilkan watak-watak dari siri yang lepas dengan lakonan Sheiryn Aisiqa, Firdaus Rahman, Shane Mardjuki dan Jasmi Ahmad, siri baru ini juga memperkenal watak baru lakonan artis lain seperti Mariana Yati, Eswari Gunasagar dan Soundrarajan J.



Gunting: Permulaan Baru bertujuan meningkatkan lagi kesedaran tentang inisiatif pemerintah seperti program SGUnited Jobs & Skills dan Screen for Life, serta langkah sokongan seperti baucar CDC.



Siri tahun ini juga bertujuan memberi panduan tentang cara melindungi diri daripada menjadi mangsa pelbagai sindiket penipuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >