Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM ANAK WATAN

Guru penuh ilham

Semangat pupuk minat muridnya dalam bahasa Inggeris dan pertajam kemahiran mereka bertutur dan menulis dalam bahasa itu membuat Cik Juliana Natalia Lee Osman menerima Anugerah Guru Bahasa Inggeris Berinspirasi tahun ini bersama enam pendidik lain.
Oct 16, 2021 | 05:30 AM



}



SETIAP Khamis, Cik Juliana Natalia Lee Osman mengadakan sesi 'Trivia Thursday' di dalam bilik darjahnya.



Dalam sesi remeh-temeh penuh informasi itu, anak murid beliau berkongsi kepada kelas pengetahuan dan fakta mengenai topik yang menjadi minat mereka kepada kelas - dengan topik luas daripada lima makanan paling pelik hingga kehidupan di Korea Utara.



Ia adalah antara cara menarik dan unik yang digunakan Cik Juliana, 35 tahun, dalam mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Edgefield di Punggol.



"Ia mewujudkan wadah bermakna dan relevan bagi mereka berkongsi pengetahuan dengan impak dan juga menyatakan pendapat mereka secara berkesan.



"Murid-murid memang gemar segmen ini. Ia bukan setakat peluang bagi mereka menyampaikan maklumat sahaja, malah platform bagi saya mengajar mereka cara memberi dan menerima maklum balas secara sopan," kata beliau.



Semangat beliau memupuk minat murid dalam Bahasa Inggeris dan mengasah kemahiran mereka bertutur dan menulis dalam bahasa itu membuat Cik Juliana terpilih, bersama enam pendidik lain, menerima Anugerah Guru Bahasa Inggeris Berinspirasi tahun ini.



Beliau memenangi anugerah tersebut bagi kategori Anugerah Mengajar, yang mengiktiraf guru yang menjadikan pengajaran di dalam kelas menarik dan relevan kepada pelajar.



Setiap pemenang menerima sebuah trofi, sijil dan hadiah wang tunai $2,000.



Anugerah itu diberi oleh Speak Good English Movement dan akhbar The Straits Times.



Mengenai pengiktirafan yang diberi kepada beliau itu, Cik Juliana berkata:



"Menerima anugerah ini adalah satu penghormatan besar, dan ia juga merupakan satu bentuk dorongan untuk terus memperkayakan murid-murid saya menerusi pengalaman pembelajaran mereka dan kaedah mengajar saya yang menarik dan bermakna."



Selain 'Trivia Thursday', Cik Juliana mengadakan kegiatan memperkenal satu perkataan baru setiap hari kepada kelasnya.



Di sini, murid memperkenal perkataan baru kepada rakan sekelas mereka dan mengajak mereka meneka makna perkataan itu menggunakan petunjuk dalam ayat.



"Saya memulakan kegiatan ini untuk membantu menambah kosa kata murid kerana kami tahu murid sering melangkau perkataan yang mereka tidak tahu maknanya semasa membaca.



"Saya mahu mereka belajar membuat kesimpulan tentang makna sesuatu perkataan itu dengan mencari petunjuk dalam perenggan atau melihat pada gambar bagi konteksnya," kata beliau.



Satu lagi inisiatif yang direka beliau ialah Program Pembacaan Mendalam (Dive Deep Reading Programme) untuk memupuk budaya membaca di sekolahnya.



Menerusi kegiatan ini, murid mendapat satu kad permainan bagi setiap empat buku yang dipinjam. Mereka boleh mengumpul hingga 36 kad permainan dan setelah mendapatkan kesemuanya, mereka boleh bermain permainan itu bersama rakan-rakan mereka.



Untuk merancakkan lagi pembelajaran dalam kelasnya, Cik Juliana pernah menghidupkan watak dalam buku cerita. Ia antara pengalaman paling menarik beliau sejauh ini.



Beliau masuk ke dalam kelas berpakaian seperti Miss Trunchbull dalam buku cerita Matilda tulisan Roald Dahl semasa Hari Watak Buku di sekolahnya - sepanjang hari hingga sekolah berakhir hari itu.



Bagi mereka yang bercita-cita menjadi guru Bahasa Inggeris, Cik Juliana berkata mereka tidak harus memberi tumpuan hanya pada kemahiran menguasai bahan pembelajaran, tetapi harus menggalak pemikiran kritikal, sikap ingin tahu dan kreativiti dalam diri pelajar.



"Saya rasa keindahan mengajar bahasa Inggeris ialah anda tidak perlu bergantung pada penghafalan. Sebaliknya, anda boleh meneroka idea dan kandungan dalam pemahaman yang luas bersama pelajar, dan terdapat banyak cara bagi anda menjadi kreatif," kata beliau.



Tetamu terhormat di majlis penyampaian anugerah itu, yang diadakan dalam talian, Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Maliki Osman, berkata peranan guru Bahasa Inggeris bukan hanya menjadi contoh penggunaan bahasa Inggeris berkesan setiap hari.



Mereka juga mewujudkan persekitaran sesuai bagi amalan dan penggunaan bahasa Inggeris standard dalam konteks dunia sebenar.



"Mereka menggunakan pedagogi inovatif untuk membantu pelajar kita membangunkan kemahiran membaca dengan kearifan, berkomunikasi dengan empati, menyebut dengan jelas, dan menyampaikan dengan keyakinan.



"Menerusi minat mereka sendiri terhadap bahasa Inggeris, mereka mengilhamkan rasa cinta serupa terhadap bahasa itu dalam generasi seterusnya," kata beliau.




Menerima anugerah ini adalah satu penghormatan besar, dan ia juga merupakan satu bentuk dorongan untuk terus memperkayakan murid-murid saya menerusi pengalaman pembelajaran mereka dan kaedah mengajar saya yang menarik dan bermakna.
- Cik Juliana Natalia Lee Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >