MASYARAKAT GEMILANG: RELA BERKHIMAT DEMI NEGARA
Guru sertai Kor Relawan SAF bersemangat menyumbang kepada tanah air tercinta
Feb 03, 2020 | 05:30 AM
IMEJ abangnya memakai seragam hijau pada setiap pagi mewujudkan rasa ingin tahu tentang kehidupan di sebalik seorang askar.
Meskipun sibuk bertugas sebagai guru sekolah menengah, sikap ingin tahu itu tidak dapat melenyapkan niat beliau menyertai Kor Relawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC).