GURU Sekolah Menengah Greenview, Dr Muhammad Nazir Amir, 38 tahun, yang mengajar Sains dengan mengajak pelajar mereka mainan, berpeluang memenangi sebuah hadiah pendidikan bernilai AS$1 juta ($1.4 juta) oleh sebuah badan amal pendidikan berpangkalan di Dubai.
Dr Nazir, yang memenangi Anugerah Presiden bagi Guru tahun lalu, merupakan antara 50 finalis teratas yang telah disenarai pendek bagi anugerah yang menerima julukan sebagai 'Anugerah Nobel bagi guru' itu.