Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab bersepadu di Chong Pang gabungkan kemudahan penduduk

Chill@Chong Pang sediakan pasar, pusat penjaja, kemudahan masyarakat dan sukan
Sep 09, 2020 | 05:30 AM



PUSAT kejiranan Chong Pang City yang berusia sekitar 40 tahun akan diberi nafas baru apabila pembangunan bersepadu baru yang dilengkapi hab masyarakat, pasar, pusat penjaja dan kemudahan sukan dibina menjelang 2027.



Hab bersepadu yang diberi nama Chill@Chong Pang itu seluas 0.9 hektar, iaitu seluas sekitar sebuah padang bola sepak.



Ia akan dibina di tapak Kelab Masyarakat Chong Pang dan Blok 102 Yishun Avenue 5, bangunan komersial yang akan diperoleh Penguasa Tanah Singapura (SLA).



Rancangan bagi hab tersebut didedahkan dalam satu sidang media dalam talian semalam yang dihadiri kesemua Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon.



Pemilik gerai dari pasar dan pusat penjaja yang sedia ada berpeluang berpindah ke hab bersepadu itu sebaik ia selesai dibina, menurut kenyataan bersama SLA, Persatuan Rakyat (PA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Sport Singapore yang dikeluarkan semalam.



Setelah pusat penjaja sedia ada dikosongkan, ia akan dibangunkan semula untuk menjadi plaza masyarakat pada 2028.



Sejauh ini, terdapat 179 gerai di pusat penjaja itu yang terdiri daripada 56 kedai makanan yang dimasak dan 123 gerai pasar.



Kerja-kerja pembangunan bagi hab bersepadu baru itu dijangka bermula pada separuh kedua 2022 dan selesai pada 2027.



Dalam sidang media dalam talian semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam, yang juga merupakan AP GRC Nee Soon, berkata pembangunan baru itu akan menggunakan ruang tanah dengan lebih berkesan dan boleh memenuhi keperluan penduduk Yishun dan juga mereka yang menetap di kawasan utara.



Beliau juga menambah, ini merupakan peluang untuk menyuntik kesegaran terhadap Kelab Masyarakat Chong Pang yang dibina pada 1988.



Selain pusat penjaja dan pasar, Chill@Chong Pang juga akan menempatkan tiga kolam renang, gimnasium, studio bersenam, ruang komersial yang sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil, dan lebih 300 lot tempat letak kereta.



"Pemilik gerai di pasar dan pusat penjaja sedia ada akan terus beroperasi sehingga bangunan baru siap dibina.



"Mereka kemudian akan ditawarkan tapak pengganti dalam bangunan baru dan saya yakin mereka gembira. Penasihat akar umbi (Nee Soon) sudah pun bertemu mereka dan semuanya menyambut baik (rancangan ini)," katanya.



Beliau juga menambah gerai yang kini menerima subsidi akan terus menerima bantuan itu walaupun selepas berpindah ke pusat penjaja baru. Begitu juga dengan pegerai yang membayar kadar biasa.



Pegerai di pusat penjaja juga tidak akan terjejas oleh kerja-kerja pembinaan, dan boleh beroperasi seperti biasa sehingga pembangunan bersepadu itu siap, tambahnya.



Namun, pemilik kedai di Blok 102, blok HDB empat tingkat, akan terjejas apabila blok itu diperoleh SLA untuk pembangunan baru tersebut.



Blok itu menempatkan 17 kedai yang dijual kepada pemilik kedai di tingkat satu, dan 51 kedai yang disewa dari HDB.



Menurut SLA, mereka akan bekerjasama rapat dengan pemilik gerai yang terjejas dan membantu mereka melalui proses pemerolehan itu.



Jurucakap SLA berkata pemilik 17 kedai di tingkat satu akan dibayar nilai pasaran untuk hartanah yang diperoleh dan juga akan diberi pampasan untuk perbelanjaan lain yang munasabah seperti kos berpindah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >