Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Had lima orang bagi perhimpunan sosial antara langkah Covid-19 baru S'pura

May 04, 2021 | 08:07 PM



SEKATAN lebih ketat akan dilaksanakan untuk melindungi masyarakat daripada penyebaran Covid-19 yang kian meningkat di Singapura.


 Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 pada Selasa (4 Mei) mengumumkan langkah masyarakat tambahan yang akan berkuatkuasa dari 8 Mei hingga 30 Mei.


Individu dinasihatkan agar menyertai paling banyak dua perhimpunan sosial sehari. Setiap isi rumah boleh menerima lima pengunjung sehari, turun daripada lapan.


Tempat berisiko tinggi, seperti gim dan studio kecergasaan dalam ruang tertutup akan ditutup.


Majikan perlu memastikan tidak lebih 50 peratus pekerja yang boleh bekerja dari rumah kembali ke tempat kerja pada satu-satu masa, turun daripada 75 peratus kini.


Pengujian sebelum acara diperlukan  jika terdapat lebih 100 hadirin pada satu-satu masa di khidmat jemaah dan keagamaan lain. Khidmat tersebut harus dihadkan pada 250 hadirin.


Majlis pernikahan dan perkahwinan boleh diteruskan dengan jumlah 250 hadirin, dalam zon hingga 50 hadirin setiap satu. Pengujian sebelum acara diperlukan bagi semua hadirin, termasuk pengantin, bagi majlis melibatkan lebih 50 hadirin.


Upacara pengebumian perlu dihadkan ke tidak lebih 30 orang, turun daripada 50 kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >