'Hadiah' anak muda buat legenda Nona Asiah

PENYANYI manis Aisyah Aziz (dua dari kiri), 21 tahun, menyifatkan dirinya sebagai anak muda berjiwa lama.

Beliau cukup terkesan mendendangkan lagu Nona Asiah seperti Tiru Macam Saya, Sapu Tangan dan Kerna Cintamu di konsert menjunjung budi Si Cempaka Biru di Esplanade hujung minggu lalu.