Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Hak waris terjaga dalam wasiat Islam

Oct 30, 2022 | 06:30 AM



SEMUA orang yang berharta akan memikirkan bagaimana hartanya akan dibahagikan setelah dia tiada.



Pemilik harta bagi mereka yang bukan beragama Islam bebas untuk mewasiatkan hartanya kepada siapa sahaja yang beliau ingini.



Dari satu segi, kebebasan ini mungkin memihak kepada pemilik harta. Tetapi dalam pada masa yang sama, kebebasan ini sering menjadi suatu penindasan kepada mereka yang mempunyai hubungan tali persaudaraan ataupun kekeluargaan dengan pemilik harta.



Sekiranya pemilik harta bertindak memberi semua hartanya kepada pertubuhan ataupun mereka yang tiada kaitan dengannya setelah kematiannya, tiada apa-apa perundangan yang dapat menghalang perlaksanaan pembahagian tersebut (melainkan atas dasar teknikal).



Ini yang berlaku di dalam suatu kes baru baru ini.



CONTOH KES SIVIL



Dalam kes tersebut, seorang abang telah mewariskan kesemua harta bendanya kepada sebuah badan amal - iaitu rumah, perabot dan semua wang tunainya yang tinggal didermakan tanpa meninggal sedikit pun kepada anggota keluarganya.



Perbuatan si abang menimbulkan rasa musykil bagi pihak pewaris tetapi mereka tiada kuasa untuk menafikan wasiat tersebut.



Dalam amalan sivil, wasiat secara amnya hanya boleh disangkal atas salah satu daripada tiga alasan:



  • kekurangan keupayaan kesaksian;

  • pengaruh yang tidak wajar daripada anggota keluarga; dan

  • pelaksanaan yang tidak betul seperti kemungkinan kesahihan saksi, penipuan ataupun terdapat wasiat yang terkemudian.

Alasan-alasan tersebut sangat teknikal dan biasanya memerlukan beban bukti yang kukuh.



HAK WARIS TERJAGA



Berlainan bagi orang Islam, hak waris terjaga dan pemilik harta hanya boleh mewasiatkan harta sepeninggalannya sebanyak satu pertiga sahaja kepada sesiapa yang beliau ingini.



Umat Islam secara amnya akur bahawa perlaksanaan harta pusaka bagi orang Islam termaktub di dalam Al-Quran, hadis dan juga di Singapura, di bawah Seksyen 111, Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla).



Umum menyedari bahawa dalam perlaksanaan wasiat, hukum faraid memastikan bahawa pewasiat tidak boleh menghalang ahli-ahli keluarga yang berhak menurut Al-Quran daripada menerima pusaka.



Bermakna, hak pewaris adalah terpelihara di bawah hukum dan undang undang.



Tidak seperti undang-undang sivil, seorang Muslim hanya boleh mewasiatkan satu pertiga daripada hartanya kepada bukan waris.



Sekiranya pewasiat ingin mewasiatkan harta kepada bukan waris melebihi satu pertiga bahagian, maka pemberian tersebut perlu dipersetujui oleh semua waris semasa hidupnya.



Ini berbeza dengan perlaksanaan wasiat dibawah undang undang sivil.



PERATURAN WASIAT



Berikut adalah beberapa peraturan utama sesebuah wasiat untuk orang Islam:



  • Wasiat seorang Muslim mestilah ditandatangani oleh si pewasiat di hadapan dua orang saksi lelaki dewasa yang beragama Islam.

  • Seorang Muslim tidak boleh mewasiatkan apa-apa kepada waris faraidnya.

  • Pemberian wasiat adalah untuk pihak yang bukan waris faraid si pewasiat (ajnabi) seperti anak angkatnya.

Seperti yang dinyatakan di atas, seorang Muslim tidak boleh mewasiatkan lebih daripada satu pertiga daripada aset-aset kepunyaannya.



Dua pertiga daripada aset-aset tersebut mestilah dikhaskan untuk waris faraid si pewasiat.



Pewasiat mestilah seorang dewasa dan berfikiran waras.



Objektif atau tujuan pemberian wasiat mestilah yang dibenarkan menurut undang-undang Islam.



Sebagai contoh, pemberian yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada manusia umumnya atau bertujuan untuk menguatkan hubungan di antara ahli sesebuah keluarga sangat digalakkan.



Sebaliknya, seorang Muslim dilarang membuat wasiat yang objektif atau tujuannya tidak konsisten atau bertentangan dengan nilai dan ajaran agama Islam.



Bagaimanapun, tidak ada larangan ke atas seorang Muslim yang mewasiatkan sesuatu kepada orang bukan Muslim selagi ia tidak bertentangan dengan nilai dan ajaran Islam.



Kesimpulannya, wasiat dalam Islam melindungi hak-hak waris dan bukanlah sekadar dokumen pengagihan harta yang pemilik harta sesuka hati boleh mengagihkan kepada pihak yang tiada berkenaan atau hubungan persaudaraan.



Ia memastikan harta si mati dapat dimanfaatkan dengan betul dan benar tanpa menjadikan mereka yang mempunyai pertalian merasa ralat dan bermusuhan dengan si mati (seperti kes tersebut di atas).



  • Penulis seorang peguam dan pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP. Antara bidang undang-undang yang beliau amalkan ialah unsur Pemindahan Hak, Undang-Undang Komersial dan Litigasi, Undang-Undang Korporat, Wasiat, Probet dan Pentadbiran Estet, Undang-Undang Keluarga, Adopsi dan Syariah, Surat Kuasa Wakil bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan lain-lain.


"Berlainan bagi orang Islam, hak waris terjaga dan pemilik harta hanya boleh mewasiatkan harta sepeninggalannya sebanyak satu pertiga sahaja kepada sesiapa yang beliau ingini.

Umat Islam secara amnya akur bahawa perlaksanaan harta pusaka bagi orang Islam termaktub di dalam Al-Quran, hadis dan juga di Singapura, di bawah Seksyen 111, Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla).

Umum menyedari bahawa dalam perlaksanaan wasiat, hukum faraid memastikan bahawa pewasiat tidak boleh menghalang ahli-ahli keluarga yang berhak menurut Al-Quran daripada menerima pusaka. "

- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >