Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:16
Isyak
8:27

Halimah hantar borang permohonan EP

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Halimah hantar borang permohonan EP

Aug 30, 2017 | 02:09 PM

CIK Halimah Yacob menghantar borang permohonan bagi Pilihan Raya Presiden di pejabat Jabatan Pilihan Raya (ELD) pagi tadi.

Ini menjadikannya individu ketiga dan terakhir yang telah melahirkan hasrat ingin bertanding dalam pilihan raya yang dikhususkan bagi calon Melayu itu untuk melakukan demikian.

Beliau tiba di pejabat ELD di Prinsep Link sekitar 10.45 pagi bersama lima anggota pasukan kempennya termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemuda Pemudi Islam Singapura (PPIS) Encik Mohd Ali Mahmood dan aktivis muda, Encik Irshad Abbas, yang juga pengasas inisiatif Roses of Peace (Mawar Keamanan).

Bercakap dengan media selepas menghantar borangnya, Cik Halimah berkata matlamatnya ialah untuk berbakti kepada Singapura dan warga Singapura dengan sepenuh hatinya dan akan menunggu respons daripada ELD.

Beliau juga berkata cogan kata kempennya iaitu "Buat baik, buat bersama-sama" – yang beliau umumkan dalam satu sidang media kelmarin – bertujuan menggalak semua warga Singapura bersatu bagi mencapai kebaikan bersama.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3