MASYARAKAT Melayu/Islam telah meraih kemajuan yang baik dalam bidang pendidikan ukhrawi dan duniawi, tetapi kemajuan tersebut harus dilengkapi dengan pembangunan masyarakat.
Demikian kata Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, semasa memberi ucapan pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Jamiyah Singapura di Stadium Bedok, Sabtu lalu.