SEBUAH firma pembelajaran Islam dan pembangunan masyarakat El-Majla, yang baru ditubuhkan sekitar awal tahun ini giat membantu golongan yang memerlukan, khususnya Ramadan ini.
Diasaskan oleh Ustaz Muhammad Faisal Mohamed Ayub, 36 tahun, dan beliau memberitahu, El-Majla juga turut mengadakan kempen bantuan kepada masyarakat setempat dan luar negara seperti #projectgiveback.