Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 200 kes varian sampingan Omicron lebih mudah menjangkiti dikesan di S'pura

Jan 28, 2022 | 07:11 PM



SEJUMLAH 48 kes masyarakat dan 150 kes import Covid-19 di Singapura disahkan mempunyai keturunan sampingan BA.2 Omicron pada Selasa (25 Januari).



Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan pada Jumaat (28 Januari) bahawa pihak berkuasa kesihatan di Denmark telah mendedahkan dalam penemuan mereka bahawa BA.2 lebih mudah menjangkiti daripada BA.1, tetapi tiada perbezaan ketara dari segi hasil klinikal.



Seorang jurucakap MOH, dalam memberi respons kepada pertanyaan media, berkata: "Kami akan memerlukan data dan penyelidikan lanjutan untuk memahami sepenuhnya implikasi kadar keterukan, keimunan dan penularan BA.2."



Keturunan BA.1 buat masa ini membentuk 98 peratus daripada semua kes secara global tetapi di Denmark, ia sudah diatasi BA.2 yang menjadi strain lebih dominan pada minggu kedua Januari.



Agensi Keselamatan Kesihatan UK telah menggolongkan BA.2 sebagai varian di bawah siasatan.



Pihak berkuasa penyakit berjangkit terbilang Denmark, Statens Serum Institut, berkata kiraan permulaan mengusulkan BA.2 mungkin 1.5 kali lebih mudah menjangkiti berbanding BA.1.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >