Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 200 klinik boleh lakukan ujian Covid-19

Jun 10, 2020 | 12:15 PM

HAMPIR 200 klinik kini dilengkapi untuk melakukan ujian Covid-19, sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan ujian ketika ekonomi secara beransur-ansur dibuka kembali.


Empat pusat pemeriksaan daerah - dengan yang kelima akan dibuka tidak lama lagi - juga sudah mula beroperasi, untuk membawa Singapura dari 13,000 ujian sehari sekarang ke 40,000 dalam bulan-bulan mendatang.


Kemudahan bergerak dan pandu lalu juga sedang disediakan.


Antara yang diuji adalah pelajar berumur atas 12 tahun dengan jangkitan pernafasan akut (ARI), serta kakitangan sekolah.


Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan di lamannya berkata, ini adalah sebahagian daripada usaha untuk membendung penyebaran koronavirus di sekolah dan masyarakat.


MOE menambah, kakitangan sekolah dan pelajar berusia 13 tahun ke atas yang disahkan dengan ARI akan dirujuk ke poliklinik atau klinik khususan yang mengambil bahagian dalam inisiatif Uji dan Hantar Pulang atau Swab and Send Home (Sash) atau salah satu pusat ujian daerah.


Bagi pelajar yang lebih muda, doktor akan menilai sama ada ujian diperlukan kerana mereka mungkin mempunyai pertimbangan klinikal yang berbeza daripada rakan sekolah mereka yang lebih tua.


Sehingga semalam, terdapat 196 klinik Sash yang tersenarai di flugowhere.gov.sg, portal pemerintah bagi Klinik Persediaan Kesihatan Awam.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >