GENG Sihat SG (GSSG) telah memulakan dua kelas senaman percuma untuk anggotanya yang sudah mencecah 190 orang - dan yang paling tua berusia 79 tahun .
Kedua-dua kelas menawarkan program kesihatan selama lapan minggu dalam usaha memperbaiki stamina , kekuatan serta mengurangkan berat badan. Panduan pemakanan sihat serta latihan senaman di rumah juga diberikan bagi program kesihatan yang menyeluruh.