Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 5,500 kes denggi direkodkan setakat tahun ini, lebih daripada keseluruhan 2021

Apr 24, 2022 | 04:01 PM



HAMPIR 5,500 kes denggi telah dilaporkan setakat tahun ini, melebihi jumlah kes yang direkodkan sepanjang tahun lalu, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu semalam. (24 Apr)

Sejumlah 5,258 kes dicatatkan pada 2021.

Minggu yang berakhir pada 22 April lalu menyaksikan 746 jangkitan denggi. Ini adalah angka tujuh hari tertinggi sejak minggu 30 Ogos hingga 5 Sept 2020, apabila 937 kes dilaporkan.

“Ini satu trend membimbangkan kerana kita kini hanya pada bulan April, dan kami jangkakan peningkatan jumlah kes denggi dalam beberapa bulan akan datang,” kata Cik Fu. Beliau bercakap semasa kempen pelancaran edisi 2022 Majlis Kesihatan Awam,  Jaga Kebersihan, Singapura!

 



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah menyatakan Singapura kini menghadapi situasi denggi yang serius dan mungkin menyaksikan wabak besar tahun ini.

Peningkatan mendadak kes yang berterusan berlaku sebelum musim puncak denggi dari pertengahan tahun hingga Oktober. Sehingga Jumaat lalu, terdapat 180 kelompok denggi yang aktif.

Cik Fu berkata kes denggi meningkat pada kadar amat membimbangkan, dan semua orang perlu membantu memerangi denggi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >