Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir dua pertiga penagih baru tahun lalu bawah usia 30 tahun: CNB

Feb 13, 2017 | 03:02 PM



HAMPIR dua pertiga daripada penagih dadah baru yang ditangkap pada 2016 adalah di bawah umur 30, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Isnin (13 Feb).



Menjaja dadah menerusi talian juga semakin membimbangkan dengan bilangan yang ditangkap naik hampir tujuh kali ganda - daripada 30 dalam 2015 kepada 201 pada tahun lepas.



Dua trend membimbangkan itu diketengahkan CNB semasa memberi gambaran menyeluruh tentang keadaan dadah setempat.



Menurut CNB, sedang jumlah penyalah guna telah berkurang, bilangan penagih baru meningkat tahun lepas.



Pada 2016, jumlah keseluruhan penagih dadah ditangkap jatuh 3 peratus daripada 3,343 pada tahun 2015 untuk 3245, dengan pesalah bawah 41 peratus daripadanya merupakan pesalah bawah usia 30 tahun.



Walaupun secara keseluruhan keadaan dadah di sini bertambah baik, bilangan penagih baru meningkat 3 peratus kepada 1,347 pada 2016, berbanding 1,309 pada tahun sebelumnya.



Hampir dua pertiga daripada penagih baru berumur bawah 30 tahun dan mereka yang berumur 20 hingga 29 terus membentuk kumpulan terbesar.



Menurut kenyataan itu, dadah yang dirampas tahun lalu dianggarkan bernilai sekitar $8 juta, turun sedikit daripada $8.56 juta pada 2015.



Methamphetamine, heroin dan ganja terus menjadi ubat yang paling disalah guna, dengan 99 peratus daripada penagih dadah ditangkap mengambil sekurang-kurangnya satu daripadanya.



Bagi penagih dadah baru, methamphetamine dan ganja juga merupakan dadah yang paling disalah guna.



Statistik juga mendedahkan bahawa terdapat 22 peratus peningkatan dalam rampasan ganja, dari 44.29kg pada 2015 kepada 54.04kg pada 2016.



Menurut CNB, sindiket dan pengedar dadah mengambil kesempatan daripada Internet yang tiada sempadan untuk menjalankan aktiviti dadah haram. Sebahagian besar yang ditahan membeli dadah atau peralatan berkaitan dadah dalam talian berumur antara 20 dengan 39 tahun.



Tahun lepas, untuk menangani keadaan dadah tempatan, CNB bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura dan menjalankan 19 operasi menyasarkan pengedar dadah dan penagih.



Dua agensi itu juga bekerjasama dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan dalam 1,920 operasi di darat, udara, laut dan pusat pemeriksaan untuk memintas dadah memasuki Singapura.



Pada 2016, CNB juga menjalankan operasi besar yang melumpuhkan 23 sindiket dadah.



Pengarah CNB Ng Ser Song berkata: "Situasi dadah serantau dan global juga membimbangkan. Contohnya rampasan methamphetamine di Asia Timur dan Asia Tenggara melonjak hampir empat kali ganda antara 2009 dengan 2014.



"Di tengah-tengah perkembangan itu, CNB terus komited dalam memerangi dadah," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >