Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hantar makanan guna dron dari Sentosa ke Pulau St John's

Projek perintis dari restoran di Sentosa ke pulau berdekatan sejauh kira-kira 4 kilometer
Mar 24, 2022 | 05:30 AM



PELAWAT ke Kepulauan Selatan suatu hari nanti mungkin boleh menerima makanan mereka dari kedai makanan dan minuman di Sentosa, menerusi penghantaran dron.



Dalam sebuah projek perintis, Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) sedang bekerjasama dengan ST Engineering dan foodpanda untuk menguji penghantaran makanan menerusi penggunaan dron dari Sentosa ke Pulau St John's.



Ia bertujuan mempertingkat pelbagai tawaran unik pelancongan selain menyediakan peluang bagi perusahaan setempat menguji konsep dan idea untuk kawasan Sentosa.



Dalam satu demonstrasi di Pantai Tanjong Sentosa semalam, Berita Harian menyaksikan kebolehlaksanaan dan operasi penghantaran makanan menggunakan dron ke Pulau St John's yang mengambil sekitar tujuh minit sehala.



Projek itu juga mahu menguji potensi jangka panjang dalam menyediakan makanan kepada pelanggan dengan pilihan lebih luas semasa mereka mengadakan percutian di pulau bersebelahan yang boleh diakses dengan menaiki feri dari Sentosa Jetty@ Cove.



Projek yang bermula semalam hingga 9 April itu mempunyai matlamat menguji 60 penerbangan.



Buat masa kini, percubaan dilakukan untuk menghantar makanan ke kakitangan yang berada di Pulau St John's.



Selain itu, projek akan menguji sistem pembayaran perkhidmatan tersebut.



Menurut ketua logistik foodpanda Singapura Encik Miro Banovic, pelanggan boleh menjangka bayaran penghantaran sehingga $8 bagi sehingga tujuh pesanan makanan yang digabungkan.



Projek itu menggunakan sistem DroNet oleh ST Engineering, sebuah dron yang diluluskan oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).



Dron DrN-35 itu, disertakan dengan muatan sehingga 10 kilogram dan jarak penerbangan sejauh 7 kilometer, serta dua bekalan kuasa dan set penderia untuk sistem kebolehpercayaan yang dipertingkatkan.



Sebagai langkah keselamatan tambahan, laluan penerbangan dron adalah jauh dari kawasan popular di Sentosa dan Pulau St John's.



Pengarah Divisyen (Perancangan) SDC, Encik Lee Cheh Hsien, berkata mereka teruja memulakan projek perintis itu bersama ST Engineering dan foodpanda untuk menguji daya maju pesanan langsung dan kestabilan penghantaran melalui dron.



"Kami akan mengkaji dapatan maklumat perintis ini. Jika penghantaran makanan dron boleh dilaksanakan secara komersial, kami harap perkhidmatan ini dapat diperluas kepada pengunjung yang ke Kepulauan Selatan," ujar Encik Lee.



Projek perintis itu juga merupakan pengembangan berterusan dalam penghantaran dron - menyusuli percubaan yang berjaya pada Ogos 2020 di mana lima paket ayam goreng dihantar menerusi dron ke sebuah kapal di luar persisiran.



Turut ghairah bagi usaha terbaru itu untuk mewujudkan kenyataan penghantaran makanan menggunakan dron ialah Naib Presiden, ST Engineering, Encik Teong Soo Soon.



"Penggunaan dron adalah penyelesaian yang sempurna untuk mengatasi masalah berkaitan kekurangan tenaga manusia atau tugas logistik yang mencabar.



"Teknologi ini mempunyai potensi besar dalam mengurangkan kos dan menjimatkan masa penghantaran makanan dengan jarak jauh, terutama ke lokasi-lokasi terpencil," kata Encik Teong yang juga merupakan ketua sistem udara tanpa pemandu syarikat itu.



Encik Banovic pula berkata: "Dalam perniagaan kemudahan ini, kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan pengalaman perdagangan pantas - untuk rakan kongsi pedagang, pelanggan dan kakitangan penghantaran kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >