Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Hanya dua khidmat bas dalaman biaya sendiri kos operasi pada 2020: Hong Tat

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



DENGAN bilangan pengangkutan awam semakin merosot tahun lalu akibat Covid-19, hanya dua khidmat bas dalaman (feeder service) yang mampu menjana pendapatan secukupnya untuk membiayai kos operasi, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, di Parlimen semalam.



Pada 2019, hanya 11 daripada sejumlah 356 khidmat bas mampu menjana tambang untuk membiayai kos, dengan perbezaan dibiayai dengan subsidi pemerintah yang bernilai $1 bilion.



Justeru bagi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk mengekalkan penjimatan kewangan dan memenuhi keperluan baru, ia perlu terus menyemak laluan bas dan melaksanakan perubahan terhadap laluan yang mempunyai bilangan penumpang yang rendah seperti khidmat bas yang beroperasi selari dengan laluan rel baru.



"Pengalaman lalu menunjukkan bahawa pembukaan laluan rel baru akan menyebabkan kemerosotan ketara dalam bilangan penumpang yang menyediakan khidmat bas yang selari.



"Jika kita mengekalkan khidmat seperti sekarang, ia akan bermakna lebih banyak subsidi operasi dan penggunaan lebih tinggi terhadap dana awam," katanya.



Ini sebagai respons kepada pertanyaan Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast) sama ada LTA mempunyai rancangan untuk mengubah laluan bas menyusuli pembukaan berperingkat laluan MRT Thomson-East Coast.



Encik Ang juga mahu tahu sama ada subsidi awam akan meningkat sedang lebih banyak khidmat bas diperkenalkan di estet perumahan baru seperti Bidadari dan Tengah.



Encik Chee berkata meski ada khidmat bas yang tidak boleh bertahan secara komersial, ia bagaimanapun masih diperlukan. Ini meskipun bilangan penumpang rendah, khidmat bas tersebut masih diperlukan untuk menawarkan ketersambungan.



Sehubungan itu, penduduk di estet perumahan baru perlu dihubungkan kepada hab pengangkutan awam utama seperti stesen MRT dan pusat pertukaran bas, katanya.



Tetapi pada masa yang sama, pemerintah tidak boleh terus meningkatkan jumlah subsidi bagi membiayai defisit.



"Jika kita mahu memenuhi keperluan baru, tetapi kita tidak mahu mengambil atau mengubah laluan bas sedia ada, justeru saya rasa... secara matematik adalah jelas kepada semua bahawa bilangan keseluruhan subsidi awam perlu ditingkatkan," kata Encik Chee.



Beliau berkata demikian sebagai memberi respons kepada Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) yang bertanya jika LTA boleh menjalankan tinjauan dan membenarkan bas meneruskan laluan yang popular, terutama dalam kalangan warga tua atau tempat yang mempunyai frekuensi rendah.



"Keprihatinan melakukan demikian akan menjadikannya tidak mampan secara kewangan dan kita akan meningkatkan beban fiskal bagi generasi ini dan akan datang," tambah Encik Chee.



Oleh itu, pemerintah perlu memastikan ada keseimbangan antara kualiti perkhidmatan, kemampuan tambang bagi penumpang dan kemampuan kewangan sistem pengangkutan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >