Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hanya segelintir isi rumah guna baucar pemerintah beli perkakas jimat tenaga

Jul 11, 2022 | 07:06 PM



HANYA segelintir daripada sekitar 300,000 isi rumah yang tinggal  di flat satu bilik hingga tiga bilik telah menggunakan baucar yang diberikan oleh pemerintah untuk membeli perkakas rumah yang menggunakan tenaga elektrik secara lebih berkesan dan boleh mengurangkan bil elektrik masing-masing.



Sejak lewat 2020, setiap isi rumah yang tinggal di flat HDB sedemikian boleh menebus tiga baucar elektrik atau e-baucar bernilai keseluruhan $255.



Ini termasuk baucar $150 untuk membeli peti sejuk jimat tenaga, baucar $25 untuk membeli lampu LED, dan baucar $50 untuk membeli perkakas bilik mandi yang menjimatkan air.



Ini bermakna 300,000 flat boleh menebus 900,000 baucar kesemuanya.



Sehingga Mei tahun ini, sekitar 23,000 e-baucar telah ditebus, termasuk 11,700 baucar bagi peti sejuk, 7,600 baucar bagi lampu LED dan 3,700 baucar bagi perkakas bilik mandi, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), yang mengendalikan skim itu bersama agensi air negara PUB.



E-baucar itu, yang diberikan di bawah program Isi Rumah Mesra Iklim, boleh digunakan sehingga 31 Disember 2023.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >