Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Harapan agar kerjanya beri kesan meluas kepada ramai

Profesor Ying diiktiraf Anugerah Raja Faisal bagi bidang sains
Jan 13, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI saintis wanita pertama yang memenangi hadiah Raja Faisal dalam bidang sains, Felo Kanan Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Profesor Jackie Yi-ru Ying berharap kerja beliau akan terus memberi kesan yang meluas pada orang ramai.



Bercakap dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini, beliau berkongsi bahawa beliau mendapatkan inspirasi dalam kerjayanya kerana ingin menggunakan penyelidikan inovatif bagi menangani masalah kompleks dalam bioperubatan dan tenaga.



"Saya berharap dapat menggunakan kimia dan teknologi baru untuk meningkatkan penjagaan kesihatan, kualiti hidup dan kemampanan," ujar beliau yang bersyukur kerana di antara wanita pertama yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Raja Faisal dalam bidang sains tahun ini.



Namun demikian, kejayaan beliau tidak datang tanpa cabaran dan beliau berharap persekitaran kerja akan terus diperbaiki dan lebih terbuka untuk menerima para pekerja mereka yang berbeza.



"Kadangkala, terdapat cabaran ketaksamaan gender, yang saya cuba atasi dengan bekerja dua kali lebih keras untuk mencapai kejayaan.



"Saya rasa ini adalah masalah global dan masyarakat yang memberi kesan bukan sahaja kepada wanita tetapi juga pelbagai kumpulan minoriti.



"Selain daripada bergantung semata-mata kepada usaha seseorang, kita harus mencari jalan untuk menerima perbezaan dan merintis jalan kepada persekitaran kerja yang lebih pelbagai, inklusif dan menyokong," ujar penduduk tetap Singapura itu yang telah bekerja di A*Star selama 20 tahun.



Kini, beliau sangat teruja dengan penyelidikan terbarunya dalam sistem penghantaran asid ribonukleik (RNA) yang mempunyai potensi besar untuk rawatan yang disasarkan bagi banyak penyakit termasuk kanser.



"Kami juga sedang mengusahakan pelbagai ujian diagnostik baru yang pantas, sensitif dan lebih murah.



"Kami berharap dapat menerapkannya secara meluas pengesanan tepat bagi penyakit berjangkit, mutasi kanser khusus, patogen bawaan makanan serta penyakit akuakultur," kata ibu kepada seorang anak perempuan itu.



Profesor Jackie telah dinobatkan pemenang Anugerah Raja Faisal bersama seorang lagi saintis wanita dari Britain.



Anugerah Raja Faizal, yang ditubuhkan pada 1979, bertujuan mengiktiraf pengamal dalam pelbagai bidang atas sumbangan mereka kepada kemanusiaan.



Kepakaran Profesor Ying adalah dalam gabungan pelbagai bahan serta sistem nano yang maju dan aplikasinya sebagai pemangkin dalam penukaran tenaga dan bioperubatan.



Ciptaan beliau digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang perubatan, kimia dan tenaga.



Di antaranya ialah perkembangan partikel nano polimerik yang responsif terhadap stimuli yang telah menghasilkan teknologi yang membolehkan penghasilan insulin secara automatik.



Pada Februari 2021, Profesor Ying menjadi saintis pertama dipilih sebagai anggota Akademi Kejuruteraan Nasional (NAE) Amerika Syarikat berdasarkan penyelidikannya di Singapura.



Beliau juga mempunyai lebih 180 paten utama dan aplikasi paten di mana 32 daripadanya telah dilesenkan kepada syarikat berbilang negara serta firma pemula untuk pelbagai aplikasi di antaranya dalam bidang perubatan nano, kejuruteraan sel dan tisu, implan perubatan, biosensor, peranti perubatan dan lain-lain lagi.



Kerja Profesor Ying telah membawa kepada penubuhan enam syarikat yang berjaya.




"Kadangkala, terdapat cabaran ketaksamaan gender, yang saya cuba atasi dengan bekerja dua kali lebih keras untuk mencapai kejayaan. Saya rasa ini adalah masalah global dan masyarakat yang memberi kesan bukan sahaja kepada wanita tetapi juga pelbagai kumpulan minoriti. Selain daripada bergantung semata-mata kepada usaha seseorang, kita harus mencari jalan untuk menerima perbezaan dan merintis jalan kepada persekitaran kerja yang lebih pelbagai, inklusif dan menyokong."
- Felo Kanan Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Profesor Jackie Yi-ru Ying.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >