Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE cecah $100,000 bagi kategori kereta besar dan terbuka

Jun 08, 2022 | 05:08 PM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi bagi semua kategori dengan dua kategori mencecah lebih $100,000.



Harga COE bagi kereta kecil hingga 1,600cc dan 130bhp, atau kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa hingga 110 kilowatt (kw) meningkat 8.5 peratus daripada $68,001 kepada $73,801.



Harga bagi kereta lebih 1,600cc atau 130bhp, serta EV dengan lebih 110kw, meningkat 5  peratus daripada $95,889 kepada $100,684.



COE bagi kenderaan komersial, merangkumi kenderaan barangan dan bas, naik meningkat 2.9 peratus daripada $51,501 kepada $53,002.



COE motosikal pula ditutup pada $10,000 – 5.3 peratus lebih tinggi berbanding $9,490  semasa bidaan sebelum ini.



Kategori COE terbuka, yang biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, naik 5 peratus daripada $95,901 hingga $100,697.



Ini adalah bidaan pertama sejak tiga minggu lalu - tambahan seminggu daripada tempoh biasa pembidaan sebelum ini.



Ini bermakna penjual kereta berpeluang mengumpul lebih banyak pesanan sekaligus memberi tekanan kepada harga COE. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >