Harga COE ditutup tinggi
HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup tinggi, dengan premium bagi kereta naik sedikit sementara premium motosikal turun sedikit.
Harga COE bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp tutup pada $26,309, naik dari $26,301 dua minggu lalu.
Premium bagi kereta melebihi 1,600cc atau 130bhp tutup pada $36,961, naik dari $35,403.
Harga COE komersil tutup pada $27,010, naik $26,914, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).