Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE kategori A dan B naik, kategori terbuka merosot

Jun 07, 2023 | 07:35 PM



Setelah merosot pada Mei, harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi dalam tender terkini pada Rabu.

Tempoh lebih lama antara tender sebelumnya dan tender pada Rabu, iaitu selama tiga minggu, juga membolehkan peniaga menerima lebih banyak pesanan.

Harga COE untuk kereta yang lebih kecil dan kurang berkuasa (Kategori A) ditutup pada $98,001, naik daripada $92,000, manakala untuk kereta yang lebih besar dan lebih berkuasa (Kategori B) ditutup pada $120,702, naik daripada $113,034.

Harga untuk COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk mendaftarkan sebarang jenis kenderaan selain motosikal, ditutup pada $120,889 – satu-satunya kategori yang merosot daripada harga sebelumnya iaitu $125,000.

Harga COE bagi kategori komersial ditutup pada $81,801, naik daripada $77,501, manakala premium COE untuk kategori motosikal ditutup pada $11,001, naik daripada $10,602.

Peniaga kereta berkata jualan runcit kukuh sejak tiga minggu lalu selepas bekalan COE dinaikkan sekali, menyebabkan harga merosot. Tidak seperti tempoh biasa antara tender, iaitu dua minggu, tender terkini ini berlaku selepas tiga minggu.

Tempoh yang lebih panjang ini menyebabkan lebih banyak bidaan diterima kerana peniaga mempunyai lebih banyak masa untuk mendapatkan pesanan.

Secara keseluruhan, sebanyak 3,003 bidaan diterima dan sebanyak 1,782 kuota diperuntukkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >